Followers

Tuesday, June 22, 2010

Perkelahian atau Perbezaan??

     Assalamualaikum wbt..da lm rasanya ak x update blog ni..huhuu cbuk ngn hdp kt kg,hahaha...ok la nk ckp pe ek?? Apakata kalau kita bercakap tentang perbezaan fikiran sesama kita.... 

   Susahnya orang nak faham apa yang kita fikir kan?? kadang-kadang apa yang kita anggap positif tu sebenarnya orang anggap negatif dan sebaliknya..agak susah untuk kita mengawal hidup seseorang sedangkan sendiri pun bukanya sempurna sangat...

Photobucket   Sebenarnya dalam jiwa manusia terdapat satu bisikan yang berbeza-beza, dan sebab itulah kita sesama manusia susah untuk memahami antara satu sama lain walaupun kita berada pada situasi yang sama...ini adalah satu keunikan yang Allah berikan kepada kita semua untuk kita mengerti betapa bernilainya kehidupan yang dikurniakan..

   Ok la kita terus pergi kepada skop yang lebih kecil iaitu hidup berpasangan a.k.a couple...sebenarnya melalui pengalaman sendiri dan yang pernah aku tengok,biasanya setiap pasangan akan bergaduh paling kurang 2 hari sekali,ad jgk yang tiap2 hari..hehehe,kenapa ini semua boleh berlaku??

   Ini adalah kerana masing2 mahukan hak masing2 ditunaikan tapi diri sendiri tidak mahu menunaikan hak pasangan...jadi........

 "Untuk mengharmonikan lagi sesuatu hubungan, kita jangan tunggu pasangan kita tunaikan hak kita tetapi kita yang harus menjalankan peranan kita terlebih dahulu...bila kita tunaikan peranan kita maknanya hak pasangan kita akan tertunai, bila die rs hak die tertunai maka dengan sendirinya die akan jalankan peranannya dan seterusnya hak kita pula akan tertunai.."

   Jadi kesimpulanya di sini, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..kepada yang selalu bergaduh cuba lah amalkan petua ini, InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar..namun jika ada yang tidak berjaya, jangan putus asa kerana tiada hubungan yang tidak dilanda badai.. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pasangan yang baru setahun jagung...sekian

cincow~

Lawatan Muhibah Ibu & Ayah ke Besut: Bumi Rahmat

Tarikh : 11-14 Jun 2010
Tempat Menarik : 1. Pasar Kuala Besut
                            2. Pantai Bukit Keluang
                            3. Kuala Terengganu (kenduri)
                            4. Kolam Air Panas La, Besut
                            5. Kuala Krai (kenduri)
                            6. Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru




   Terima kasih kepada ibu dan ayah kerana sudi berkunjung cuit2 Malaysia di Besut...semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita...amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...