Followers

Showing posts with label Fikiranku. Show all posts
Showing posts with label Fikiranku. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

Kenyataan kehidupan...

   Dalam hidup ni, kita x boleh nk salahkan sume orang n sume orang xleh nk salahkan kita.. kadang-kadang kita xtau apa yang membuatkan orang x puas hati dengan kita.. Kalau difikirkan sangat boleh mnejadi gila kepala otak..

   Pada pandangan aku, biarlah orang nak fikir apa pun janji kita ikhlas dalam apa jua perbuatan.. Mungkin fikiran orang tak sama seperti yang kita fikir.. Biarlah, kalau kita betul InsyaAllah satu hari nanti tuhan akan tunjukkan jugak...

   Biasanya orang akan pandang kita dengan pandangan yang menjengkelkan, tapi jangan lah kita melawan.. Kalau kita dipulaukan sekali pun, anggap lah ia satu dugaan dan ujian buat kita.. Mungkin juga ada salah yang kita buat tanpa kita sedari.. Kalau kita menyedari maka ubahlah tapi kalau kita rasa kita yag betul, maka cubalah bertahan dan tawakkal dengan ketentuanNya...

   Dalam dunia ni, tuhan dah ciptakan bermacam ragam manusia.. kadang-kadang mereka yang terlampau terikut-ikut dengan sogokan rakan akan terus hanyut.. Perkara ini memang suatu yang series dan menjadi barah dalam hati...

   Sebagai manusia, fikirkanlah suatu antibodi yang terbaik dalam menjaga kerukunan persahabatan dan perhubungan.. Supaya ukhwah islamiah akan terus subur dalam jiwa setiap yang bernyawa.. Be da best to be a good person..

Thursday, August 19, 2010

Dia Yang Lebih Mengerti Diri Sendiri

   Teruskan apa yang diingini..orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa.. Jadi jika merasakan kawalan itu menyekat kebebasan, maka teruskanlah apa yang dimahukan..

   Cuma apa yang perlu diketahui, apa yang diimpikan sukar untuk menjadi kenyataan.. menyekat kemahuan bukan bermakna mengongkong kehidupan tapi lebih kepada menjaga maruah diri kedua-dua belah pihak.. Namun jika itu yang dirasakan menyekat kebebasan, teruskan apa yang diingini.. x semua kemahuan sahabat boleh kita ikut, kadangkala kata pasangan kita yang lebih penting.. Dia yang lebih mengenali kita daripada orang lain... Masa depan kita bersama siapa? pasangan ataupun rakan?

   Fikirkanlah untuk kebaikan bersama.. Masih jauh hidup perlu ditempuhi bersama, jika sukar untuk mendengar maka akan sukar juagalah kehidupan di hari muka kelak... Ingat jugalah pengalaman sebelum ini.. Betapa sukar untuk kita bertaut, berapa lama kita terpaksa memendam rasa?..tetapi oleh kerana sesuatu yang baru seseorang boleh melupakan pengalaman lalu.. Teruskan apa yang dihajatkan dihati.. Jika terjadi sesuatu dalam sesuatu perhubungan, anggaplah ia sebagai takdir.. pertahankan semampu boleh..Ingat perkataan what u give, u get back.........

Sunday, August 15, 2010

Keheningan Ramadhan

Photobucket

   Alhamdulillah..sudah masuk 5 hari kita umat islam seluruh dunia menyambut kedatangan ramadhan yang mulia..syukur ke hadrat Illahi kerana puasa kali ni aku sempat mencium tangan abah dan mama..Puasa ini aku anggap begitu bermakna sekali kerana dapat meluangkan masa walaupun sekejap untuk balik berjumpa keluarga.

   Perjalanan yang jauh aku rasakan begitu sekejap kerana perasaan membuak-buak ingin pulang ke kampung.. Aku sampai di rumah pukul 3 petang, buka puasa dan pukul 11mlm aku balik semula ke JB.. Mungkin orang anggap gila tetapi Alhamdulillah berkat niat yang baik ingin berjumpa keluarga tersayang aku akhirnya selamat pergi dan balik..save journey.. =)


   Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua warga IPG-KTI, SKTTA(1), Keluarga Hj Zakaria(bapak aku) dan Seluruh muslimin dan muslimat di dunia ini.. Jadikan setiap perlakuan yang kita buat adalah amalan kita.. Sayonara 


~cincow.......

 

Sunday, July 18, 2010

Bagaimana nak hilangkan rasa sedih?

   Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah hari ini aku berasa terpanggil untuk menulis berkenaan dengan kesedihan dan kebahagiaan.. Kalau kita boleh terjemahkan keduanya, maka kita akan dapat merungkaikan satu persoalan di mana keduanya mempunyai hubungkait yang saling bergantung antara satu sama lain..

   Ibarat kalau xde angin, masakan pokok bergoyang..begitulah juga halnya dengan sesebuah perhubungan.. Kadang-kadang kita mengharapkan sesuatu dari pasangan kita tetapi dia tidak dapat menunaikannya.. Anggaplah bahawa dia masih lagi dalam peringkat belajar mengenali dan memahami kita... Jadi janganlah cepat kita menghukumnya, kerana ini akan lebih mengeruhkan kedaan..

   Mungkin juga dia memerlukan lebih banyak masa dan perhatian dari kita, jadi cubalah untuk saling memahami jika kedua pasangan tersebut mahu terus membina hubungan yang panjang sampai bila2... Jauh di sudut hati setiap pasangan adalah mahukan yang terbaik dalam hidup mereka, maka cubalah tunaikan selagi ia tidak membawa mudharat dalam hidup anda. 

   Kesimpulannya, sifat saling bertolak ansur dan mahukan yang terbaik untuk pasangan masing-masing perlu dipupuk agar rasa tanggungjawab itu terus melekat dalam diri masing-masing... Ingatlah tidak semua yang kita mahukan akan ditunaikan, tetapi sebaik mungkin, semampu boleh cubalah untuk tidak saling melukai... Tiada guna kita bergelak tawa jika yang sebelah lagi menangis tidak berlagu... 

Renung-renungkan dan selamat beramal......

cincow~

Tuesday, June 22, 2010

Perkelahian atau Perbezaan??

     Assalamualaikum wbt..da lm rasanya ak x update blog ni..huhuu cbuk ngn hdp kt kg,hahaha...ok la nk ckp pe ek?? Apakata kalau kita bercakap tentang perbezaan fikiran sesama kita.... 

   Susahnya orang nak faham apa yang kita fikir kan?? kadang-kadang apa yang kita anggap positif tu sebenarnya orang anggap negatif dan sebaliknya..agak susah untuk kita mengawal hidup seseorang sedangkan sendiri pun bukanya sempurna sangat...

Photobucket   Sebenarnya dalam jiwa manusia terdapat satu bisikan yang berbeza-beza, dan sebab itulah kita sesama manusia susah untuk memahami antara satu sama lain walaupun kita berada pada situasi yang sama...ini adalah satu keunikan yang Allah berikan kepada kita semua untuk kita mengerti betapa bernilainya kehidupan yang dikurniakan..

   Ok la kita terus pergi kepada skop yang lebih kecil iaitu hidup berpasangan a.k.a couple...sebenarnya melalui pengalaman sendiri dan yang pernah aku tengok,biasanya setiap pasangan akan bergaduh paling kurang 2 hari sekali,ad jgk yang tiap2 hari..hehehe,kenapa ini semua boleh berlaku??

   Ini adalah kerana masing2 mahukan hak masing2 ditunaikan tapi diri sendiri tidak mahu menunaikan hak pasangan...jadi........

 "Untuk mengharmonikan lagi sesuatu hubungan, kita jangan tunggu pasangan kita tunaikan hak kita tetapi kita yang harus menjalankan peranan kita terlebih dahulu...bila kita tunaikan peranan kita maknanya hak pasangan kita akan tertunai, bila die rs hak die tertunai maka dengan sendirinya die akan jalankan peranannya dan seterusnya hak kita pula akan tertunai.."

   Jadi kesimpulanya di sini, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..kepada yang selalu bergaduh cuba lah amalkan petua ini, InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar..namun jika ada yang tidak berjaya, jangan putus asa kerana tiada hubungan yang tidak dilanda badai.. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pasangan yang baru setahun jagung...sekian

cincow~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...