Followers

Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

Graduation Day....

   Salam...... Alhamdulillah satu lagi ganjaran dari Maha Pencipta kepada kehidupan penuh ranjau yang telah aku lalui selama ini... Tanggal 13 Mac 2012 lalu, aku telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan setelah 5 tahun setengah belajar di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.. Tidak ketinggalan turut grade sama adalah isteri tercinta (Nurul Hazwani Bt Wakanan).. Pada ruangan yang tidak seberapa ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua mama dan abah yang selama ini tidak pernah jemu memberi semangat dan dorongan demi melihat aku berjaya... Alhamdulillah, anakmu kini telah berjaya menggenggam segulung ijazah yang selama ini kita impikan.. Terima kasih mama dan abah, sayang ma & abah sangat-sangat... Tidak lupa juga kepada isteri tercinta, adik beradik, keluarga mertua serta seluruh ahli keluarga yang selama ini menyokong penuh setiap perjalanan hidup yang aku lalui..

Photobucket
Photobucket
Bersama keluarga mertua
Photobucket
Bersama keluargaku
Photobucket
Keluarga besar kami
Photobucket










Sekitar Majlis Pernikahan...11 Mac 2012

    Salam... Alhamdulillah, majlis pernikahan kami akhirnya dapat berjalan dengan sempurna.. Walaupun hanya majlis akad tanpa walimah diadakan, ianya tetap berlangsung meriah.. InsyaAllah majlis walimah kami akan diadakan pada 27 Mei 2012 (pengantin perempuan) dan 30 Mei 2012 (pengantin lelaki).. Semoga ikatan cinta kami mendapat keberkatan dari yang Maha Esa... Amin.. Berikut adalah serba sedikit gambar yang sempat saya upload untuk dikongsi bersama.... :)

Photobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket





















Thursday, March 22, 2012

Ku Bersyukur Atas Redhamu

   Assalamualaikum w.b.t....... Alhamdulillah segala pujian bagi Allah tuhan sekalian alam, aku amat bersyukur kerana dua peristiwa penting dalam hidupku telah berlangsung dengan jayanya dengan izinNya.. Setelah direnungi, sungguh besar nikmat yang aku terima selama ini.. Alhamdulillah untuk kedua kalinya...

Photobucket
11 MAC 2012
   Pertama sekali adalah Majlis Pernikahanku bersama isteri tercinta (Nurul Hazwani Bt Wakanan) pada 11 Mac 2012 pada pukul 1130 pagi. Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku kini sah bergelar seorang suami.. Walaupun hanya majlis akad sahaja diadakan, aku amat bersyukur kerana sambutan yang diterima cukup meriah dengan kehadiran semua yang datang meraikan kami.. Kepada sahabat lain, minta maaf jika kami tidak menghebahkan perkara ini kerana kami hanya mengadakan majlis akad nikah sahaja.. InsyaAllah majlis kenduri akan diadakan pada cuti sekolah bulan 5 nanti.. Apapun terima kasih di  atas ucapan tahniah yang telah diterima.

Photobucket
13 MAC 2012
   Keduanya adalah majlis graduasi yang telah berlangsung di PICC pada 13 Mac 2012, aku kini telah berjaya menggenggam segulung ijazah setelah lima tahun setengah belajar di IPG... Kejayaan ini sekali lagi dapat aku kongsi bersama seluruh ahli keluarga terutama mama dan abah yang telah banyak berkorban untuk aku selama ini.. Tidak lupa juga buat isteri tercinta yang sama-sama berusaha untuk kejayaan ini... ;)

   Alhamdulillah segala usaha selama ini mendapat keberkatan dari Maha Pencipta... Aku bersyukur padaMu Ya Allah.. Doaku semoga aku menjadi umat yang lebih baik, sempurna, dan lebih dekat padaMu... Juga dapat menjadi suami & ayah yang terbaik buat keluargaku..... Serta berjaya dalam kerjayaku hanya keranaMu Ya Allah....
Photobucket
KELUARGA BACARZ






Thursday, December 1, 2011

Hari Ini Sampai Jua

   Salam semua... Nukilan kali ni aku tujukan buat family Bacarz yang telah bersama aku selama 5 tahun setengah.. Aku tulis sajak ni pada 23/11/2011 pukul 4.30pm lepas kita semua balik dari mkn KFC terakhir bersama.. Banyak sebenarnya aku nak tulis, tapi tak dapat sebab sebak sangat-sangat masa tu.. Apapun aku harap sangat family kita ni akan terus kekal dalam hati masing-masing.. Kalau ada peluang aku nak kita ulang balik apa yang kita da wat selama 5 tahun setengah ni.. Simpan lah kenangan kita samapai bila-bila.


Petang ini,
Bersama-sama gelak tawa riang,
Berjenaka, berlawak dan bermesra,
Namun semua masih cuba sembunyikan,
Perasaan berat, pilu, pedih yang bercampur baur.

Gelora di jiwa terus bergolak,
Manik-manik kecil makin terasa di anak mata,
Saat kita meluahkan kesedihan masing-masing,
Bahawa kitalah keluarga Bacarz yang bahagia.

Sebak di dada tak dapat lagi dibendung,
Mengenang kembali sejarah dikandung,
Lima setengah tahun penuh berliku kita lalui,
Hari ini sampai jua kita di penghujung.

Buat sahabatku semua,
Kau sahabat, kau teman, kaulah segalanya,
Susah senang sudah kita lalui bersama,
Sampai masa kita berpisah jua.

Doaku ukhwah kita tetap utuh,
Bertaburan kita di bumi Allah,
Family Bacarz akan terus bersinar,
Bersama kilauan yang telah kita bina.

Andai dipanjang umur, rezeki dan jodoh,
Kenanglah kembali suka duka kita bersama,
Lima tahun lagi bertemu kita,
Reunion sama kita jayakan.

Aku sayang korang semua………….
  
Nukilan;
Cikgu andika.
Photobucket
masa kat puteri harbour
yang aku sesat xjumpa jalan
Photobucket
ni masa kita comot-comot
kt pulau sibu dulu




Photobucket
ni trip kita pusing 1 johor masa raya 2010

Sunday, July 3, 2011

Kenangan Foundation Hingga Hujung Degree

           Salam..hari ni aku rasa cam nak tengok balik gambar-gambar aku dari foundation sampai la sem 7.. Huhuhu, dari muka innocent sampai ke muka tak tau malu cam sekarang.. Malas nak coret banyak sangat, tengok jela.....

Photobucket
Foundation sem1 (2006)
Photobucket
Foundation sem2 (2007)
Photobucket
Foundation sem3 (2007)
Photobucket
Degree sem1 (2008)
Photobucket
Degree sem2 (2008)
Photobucket
Degree sem3 (2009)
Photobucket
Degree sem4 (2009)
Photobucket
Degree sem5 (2010)
Photobucket
Degree sem6 (2010)

Photobucket
Degree sem7 (2011)


# Sem 8 punye xde lagi sebab baru start..hehehehe

Thursday, June 9, 2011

Tribute to Ayahanda Sasman....

   Salam..hurm da lama rasanya aku x menjengah kt blog aku ni...Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk aku menulis semula..x lewat rasanya kalau aku nk buat tribute kepada Tuan Hj Sasman yang dah berpindah.. sedih rasanya bila kehilangan seorang yang begitu berani dan gigih dalam memberi sumbangan bakti dalam bidang pendidikan di negara kita..

   Banyak kenangan bersama beliau yang tidak dapat aku lupakan sepanjang beliau berada di kampus ni... 1st time aku jumpa beliau, pedih telinga aku dengar bila die mengatakan Biro Penerbitan pemalas, xtau buat kerja, lambat dan sebagainya... Sape yang x sedih bila dihina macam tu, tapi detik 2 rupanya menjadi satu detik pencetus semangat dan tanda bahawa kami akan rapat serta bekerjasama dengan cara yang luar biasa..
   Hahaha, bekerjasama dengan cara yang luar biasa?? ya, itulah kami.. Apa yang orang fikirkan gila, itulah yang kami buat.. beliau adalah pencetus semangat juang kami semua.. aku bangkit dari kosong sehingga sekarang dalam bidang penerbitan adalah 60% datang dari die dengan izin Allah. Banyak tunjuk ajar yang die curahkan xkira la yang formal mahupun tidak formal...

   Tak pernah aku jumpa seorang yang berpangkat tinggi seperti die yang sanggup bersengkang mata bersama menyiapkan majalah sampai pukul 3 4 pagi.. Pergi cari lah kat mana-mana pun, memang takkan jumpa.. Yang banyak kita jumpa adalah yang kaki bodek dan suka mengampu.. yang 2 paling banyak, cakap pandai tapi haprak pun tadak..

  Ceeh emo lak kan, hahaha... Teringat aku masa kami bergaduh semasa dalam proses menyiapkan majalah, sampai boleh meninggikan suara dan berdebat nak pertahankan hujah masing-masing.. Bila teringat kelakar lak, mana tak nya aku bergaduh ngan Timb. Pengarah kot...Tapi tulah sebenarnya yang merapatkan kami.. Masing-masing sudah faham cara kerja masing-masing.. Kalau boleh aku nak ni benda berlaku lagi, tapi tu adalah kenangan bersama beliau..

    Satu lagi perkara yang aku tak boleh lupa adalah bila saat kertas kerja kami dibatalkan di saat akhir.. Kami bercakap dalam telefon dalam nada yang begitu sedih.. beliau sendiri yang katakan bahawa xnak teruskan, tapi dengan semangat dan ilmu yang pernah aku belajar, aku merayu untuk sudahkan juga majalah dan beliau terima dan sanggup berdepan ngan orang atasan untuk bantu kami...korang paham la camane kita punya pengurusan kan..xyah la aku cite kat cni.. Tapi pendek kata jika ayahanda takde, maka senang lah kami sume di ayam2kan cm KFC 2....

   Da banyak rasanya aku mengomel ni..n kalau nak cite, boleh jadi novel.. tapi setakat ni je la dulu, nanti sebak sangat lak rasa.. Apapun aku doakan ayahanda akan terus berjaya dan x lupakan kami di sini.. Semangat yang beliau tinggalkan tidak akan pudar dan akan diteruskan oleh kami semua... Kenangan bersama ayahanda adalah sesuatu yang amat berharga dan xternilai harganya... sukses untuk ayahanda....

Photobucket* harapan aku agar aku dapat menjadi seorang yang gigih dan tidak takut mempertahankan kebenaran di masa hadapan..

Wednesday, October 13, 2010

Apa Itu Kenikmatan............




Photobucket
   Aku mencuba untuk menghisab diri ini... Aku rasakan diriku terlalu takut untuk menempuh dugaan ini.. Aku risauakn andainya aku pergi dulu sebelum sempat ku bertaubat... Banyak kenikmatan yang telahku sia-siakan, apa pintu itu masih terbuka buat diriku???


   Aku percaya tuhan itu maha Esa dan Pengampun buat seluruh umatnya, Alhamdulillah indahnya hidup ini bila dilahirkan sebagai seorang muslim... Aku dibesarkan dengan cara Islam, cara yang terbaik dalam hidupku dimana aku belajar menjadi seorang manusia yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan...

   Harapanku pada masa depan agar aku dapat menabur bakti dan kudrat demi memacu Islam menjadi agama agung di muka bumi ini.... Aku mahu membantu yang susah untuk sama-sama merasai kesenangan setara... Harapan dihatiku, semoga aku dapat menolong anak-anak yatim yang kekurangan kasih sayang keluarga agar mereka dapat mengecapi bahagia sama seperti insan yang lain...

   Aku berharap sangat agar dipermudahkan aku jalan untuk sama-sama berkongsi kasih dengan mereka semua.. Aku mahukan nasib mereka terbela dan seterusnya menguatkan semangat mereka untuk terus bangun menempuh setiap dugaan yang menimpa...

   Terima kasih buat ibu bapaku kerana kelahiranku di dunia ini, indahnya kenangan bersama mereka.. Inilah azimat berharga dalam hidupku, yang selalu aku gunakan dalam menmpuh hidup yang penuh dengan liku kehidupan ini...... Aku berharap segala apa yang berlaku adalah satu hikmah yang terbaik buat semua, tiada yang lebih indah bilamana semua dapat merasakannya.. Namun tidak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan, sebaliknya berusahalah untuk mencapai yang terbaik demi kesenangan semua...





Tuesday, July 6, 2010

Merindui kedua orang tuaku


Photobucket



   Assalamualaikum wbt.. sudah 2 minggu aku pulang ke kampus dan sudah 2 minggu juga la aku sibuk dengan praktikum... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun agak sedikit kelam kabut... Dalam kesibukan membuat lesson plan, sebenarnya jauh di sudut hati aku teringat kat kampung... 

   Mana tidaknya, aku rindu dengan kelibat abah dan mama.. kalau di kampus, waktu pagi aku kena bangun sendiri, tapi kalau di rumah mesti mama yang kejutkan.. walaupun aku ni jenis yang liat untuk bangun pagi tapi aku rindu suara mama menjerit-menjerit memanggil nama aku supaya aku bangun solat subuh.. kat sini semua aku kena urus sendiri, lambat bangun maka lambatlah aku pergi sekolah...

   Begitu juga dengan abah, reaksi spontan abah selalu wat aku terkenang.. walaupun x banyak cakap tapi nada suara inilah yang pernah membuat aku rasa gerun pada masa dulu... Lagak abah yang sentiasa tenang dan 'cool' dalam apa jua keadaan aku jadikan azimat dan bekalan yang berharga apabila aku tiba di sini..

   Abah dan mama, anakmu sentiasa merindukan suasana kampung yang tenang dan damai... InsyaAllah jika dipanjangkan umur kita akan bersua lagi... sayang anakmu untukmu berdua sepanjang hayat..
cincow~

Tuesday, May 18, 2010

Hiburan di Hari Guru: Adakah ini yang kita mahu tonjolkan pada anak didik kita?

   Assalamualaikum wbt..huhu cikgu menulis lagi di malam yang dah menganjak ke pagi ini.. semalam 17 mei 2010 telah berlangsung sambutan hari guru peringkat kampus.. alhamduillah semua aturcara yang dijalankan menampakkan kemeriahan sambutan ini.. tapi, memang ada tapi..huhuu..

   Pada pagi hari di padang memang terlalu meriah dengan cara sukan ragam, macam2 acara ada termasuklah memancing, explore run dsb.. semua hadirin nampak gembira dan terhibur dengan setiap aktiviti yang dijalankan.. apa yang aku nak sampaikan bukan pasal acara pagi tapi acara selepas rehat iaitu semasa di DST..

   Sebelum aku menempelak beberapa pihak, aku nak mohon maaf dulu la jika ada yang terasa.. semua teguran yang bakal aku buat ini adalah untuk pengajaran dan renungan kita bersama.. harap tidak ada yang cepat melenting dengan teguran yang menunjukkan kesalahan masing-masing..

   Bagus lah kalau kita adakan persembahan sebagai salah satu hiburan tapi biarlah berpada-pada kena dengan masa dan keadaan.. ni main tala je, ape kejadah nya semua ni??? aku pun da x faham tengok keadaan yang berlaku.. kenapa diaturkan aturcara yang sebegini?? dari awal persembahan semuanya melibatkan nyanyian.. kalau nyanyi lagu yang memberi motivasi kepada kita bakal guru xpelah jugak, tapi ni tah ape2...

   Kawan2ku, kita perlu ingat yang sambutan tadi adalah sambutan hari guru bukannya konsert yang menyajikan madah hiburan semata-mata.. aku amat terkejut dan sangat2 terkejut.. apa dah jadi dengan keadaan kampus kita??? mana adat temenggong yang kita banggakan selama ni??

   Setelah bersama-sama berkongsi pendapat dengan rakan-rakanku sebentar tadi, nampaknya semua tidak bersetuju dengan apa yang dijalankan pada sambutan tengah hari tadi.. korang semua tahu kan apa dah jadi semasa 'konsert' tu dijalakan kan? xperlulah aku tulis kat sini..

   Memang ada faktor lain yang menyebabkan kejadian tadi berlaku, tapi kita sebagai muslim haruslah sedar yang kejadian tadi adalah satu petanda dari Nya supaya kita semua beringat.. betul x?? sebenarnya aku tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, tetapi di sini aku ingin menegaskan skali lagi yang pemimpin memainkan faktor utama dalam sesuatu perkara..

  Kenapa banyak sangat pelajar kita pada hari ini disajikan dengan hiburan? MasyaAllah aku pun agak terkilan sebenarnya perkara seperti ini telah terlepas pandang dari pihak yang 'sepatutnya'.. bermula dari malam forte, karaoke mlm jumaat sempena pesta konvo, pas 2 'konsert' yang tadi memang hiburan semuanya.. 

   Bila keadaan sudah menjadi cmni baru kita nak beringat, berhati-hati lah jangan sampai bala pulak yang menimpa.. Ingatlah, kita cuba renung balik.. cuba kita balik kepada yang asal.. kita diciptakan unutk apa? apa yang perlu kita buat? apa yang ditegah dan apa yang dilarang?

   Berhibur itu tak salah, tapi biarlah ada batasnya, jangan sampai kita menjadi tidak diredhai.. renungkan balik  apa yang telah tersilap, adakah silap meranacang ataupun silap melaksana..jangan cepat melenting sebab amarah itu kunci utama syaitan untuk menyesatkan kita..

   Aku mintak maaf jika ada yang terasa, tapi kita kena sedar sebab kita adalah arkitek masa depan negara.. salah acuan kita, maka rosaklah pembinaan negara kita.. setiap yang kita lakukan akan disoal kemudian nanti, sama-samalah kita muhasabah diri..

Ingat, tugas kita berat bukan setakat tanggungjawab dunia tetapi juga tanggungjawab untuk ke 'sana'..

Renungkanlah wahai bakal pendidik dan yang dah jadi pendidik semua...cincow~

Saturday, May 8, 2010

Merindui hobi yang aku sayang.....miss it


Photobucket


   Assalamuaikum n salam 1Malaysia..agak-agaknye korang, ape lah agaknye hobi y aku sayang ni kan...hehehe...xlen dan x bukan adalah berhandycam, maknenye jd kamera man la...

   Sekarang aku dah xde benda alah 2, da kena antar balik sebab aku da x jadi jpp.. sedey gak rs, sebab aku da jg die setahun..die macam da kenal aku, xpernah rosak dalam tangan aku.. apa2 aktiviti kampus sume aku yang handle, xde orang len yang boleh pegang.. banyak tempat da aku g dengan handycam ni, antaranye ke kursus jpp d PD n banyak tempat lg la..

   Sayang gak rasa, dengan handycam ni la aku bljr cara nk ambk video ngan betul.. pengalaman yang tidak dapat dibaca dalam buku, dengannya jugak la aku bereksperimen tentang shoot terbaik utk setiap event yang berlangsung.. walaupun agak old school, tapi die punye kualiti hampir sama ngan model yang ada kat pasaran skang...

   Harap2 ada la rezeki aku pada masa hadapan utk jadi beli handycam sebijik.. aku rindu sangat nk tengok ekspresi manusia melalui kanta handycam.. InsyaAllah banyak benda yang aku boleh dapat dari hobi yang aku sayang ni....

Miss it.....cincow~

Friday, May 7, 2010

Pesta Konvo : adakah ia terlepas pandang?

    Assalamualaikum wbt..alhamdulillah ada lagi kesempatan untuk aku menulis di sini walaupun setelah agak lama menghilang, bukan sebab suka-suka menghilang tapi kerana terlalu sibuk menyiapkan tugasan dunia yang aku kira sebagai salah satu tuntutan sebagai bakal guru.

   Mengenai tajuk post aku pada malam ini iaitu pasal pesta konvo.. hurm, bagi aku ia satu percubaan yang agak baru cuba diketengahkan pihak pengurusan kepada guru pelatih.. memang bagus usaha ini kerana kampus kita da dinaiktaraf kepada IPG, so bila ada konvokesyen mesti la ada pestanya..ye x? hahaha

   Tapi sebelum kita rasa bangga dengan usaha yang telah kita lakukan, aku nak ajak semua pembaca berfikir sejenak apa yang tertinggal dalam pesta konvo pada kali ini?.. cuba kita teliti, pesta ini bermula pada hari ini 6 Mei 2010 hingga esok 7 Mei 2010.. banyak aktiviti yang telah dijalankan sejak dari petang tadi bermula dengan futsal dari pukul 3 sampai maghrib. Malam ni pulak lepas isyak pukul 9 ada pertandingan karaoke.. hari jumaat iaitu hari konvo lagi la banyak aktiviti bermula dari pagi sampai petang.. fuhh memang meriah la kiranya kan...hahaha

   Agaknya korang dapat agak x apa kekurangan yang terdapat dalam pesta konvo kali ni?

   Sape yang boleh agak dengan betul memang bagus la, xpe aku bagitau jela.. tapi apa yang aku nak bagitau ni jangan ada yang kecik ati lak, kan xpasal2 aku msk 'court' nanti sebab mempersoalkan peranan sesetengah pihak..

   Sebenarnya, pengisian rohani xde..sumenya bersifat fitrah semata-mata, mana yang bersifat syariat? aku sebenarnya agak keliru bila tengok tentatif program dalam pesta konvo ni.. start men futsal pukul 3 petang sampai maghrib, kenapa tidak diletak dalam tentatif tentang aktiviti yang perlu dibuat di surau dari waktu maghrib sampai waktu isyak? adakah pihak yang berkenaan menganggap perkara sebegini agak tidak penting ataupun sekadar buat2 x nampak je? Yang tu kena tanya diri masing-masing2 la.

   Nak aku sambung lagi? pukul 9 boleh pulak buat aktiviti karaoke kat dewan terbuka tu.. aku xtau la camne nak cakap, mana sensitiviti kita sebagai orang islam? mlm jumaat lak 2..orang kafir yang lain pun boleh tergelak la tengok kita ramai-ramai g nyanyi n sokong benda alah tu... mana tak nye, penganjur islam, peserta pn islam..cmne ni?

   Ok la, aku cuba bandingkan keadaan kat surau waktu magrib tadi ngn kat dwn terbuka.. MasyaAllah memang kita berada di dunia akhir zaman.. kat surau tadi 1 saf pn xpenuh, tapi kat dewan terbuka ada hampir 3x ganda manusia dr kt surau.. hehe apa nak jadi ngan bakal pendidik kita ngan yang dah jd pendidik ni..

   Cuba kita fikir lagi, kat surau tadi 2 siap ada makan free lagi, x ramai pn yang datang.. Tapi kt dwn terbuka ada gak mknn tapi kena beli, aku tengok laku je.. hehehe bukan aku nak suruh korang g surau utk makan tapi korang pk la baik2, ganjaran dunia pun xnk apatah lagi ganjaran akhirat..

   Aku sebenarnya bukan nak berceramah, yela aku bukanya baik sangat tapi sekadar mengingatkan utk diri aku sekali.. Apabila kita jadi pemimpin satu hari nanti, ingatlah kita pimpin manusia bukanya benda yang x hidup.. jadi kalau betul didikan kita maka betul la dorang, tapi kalau bengkok nya didikan kita maka rosak la dorang.. share kita ada dalam perbuatan anak didik kita nanti, baik amalan dorang maka tinggi la saham kita di 'sana' nanti tp kalau sebaliknya.....?

   Fikir lah wahai pemimpin semua, bukan sukar untuk mewujudkan suasana islamiyah di kampus ini.. kalau kena dengan gaya, xmustahil anak didik kita nanti bukan sahaja boleh berbicara tentang hal fitrah tapi juga hal syariat.. betapa bangga nya kita jika kita tgk anak didik kita jadi macam tu daripada......( xnak sebut lah)..

   Maaf di atas segala kekasaran bahasa yang memang telah disengajakan, ini hanyalah sekadar bingkisan rasa seorang bakal pendidik yang akan menjadi pemimpin satu masa nanti...Insyaallah

sila bagi komen jika ada sebarang cadangan @ bantahan...cincow~ 

Saturday, April 24, 2010

Bila Perut Mula Berkeroncong, Hujan Pula Turun Selepas Mendung

   Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kekautan untuk meneruskan hidup unutk hari ini.. nak kata bangun awal 2 xla sangat, tapi sempat la bsh bj baju 2 baldi n kemas blk yang da agak lama aku x kemas.. sampai ke waktu zuhur jugak la dok mengemas blk ni..

   Siap je mandi ngan semayang zuhur, rancangnya nak kuar makan tapi tengok latop rasa nk layan fb jap.. tengah2 leka, ujan pn turun.. settle!!! sampy sekarang pukul 3.30 ptg ujan masih x berhenti.. perut  aku ni banyak kali da bagi isyarat mtk disuapkan.. sabar ek, sabar23x..

   Masa ni jugak la kepala aku rasa melayang-layang kepeningan ngan gastrik yang semakin menjadi-jadi..agak sakit jugak la, tapi ini lah yang dikatakan sebagai cobaan.. Aku cuba tahan, InsyaAllah xde pape.. Nak menulis da xlarat ni, korang tengok jela gambar ujan dari luar blk aku ni ngan gmbar keadaan astaka yang aku amk ms kt kelas ari 2... ujan kt jb skang memang x menentu...







cincow~

Thursday, April 22, 2010

Pemakaian Helmet di Kampus : Pro & Kontra

Photobucket
   Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menulis jugak sebab sebelum ni terlalu sibuk dengan assignment yang menimbun.. hurm, camne dengan tajuk di atas? Adakah ia satu isu yang panas dan sensitif? Hehe jom kita sama-sama kupas dan berkongsi fikiran.. Cuma satu pesan aku, jangan cepat melatah sebab ini adalah sebahagian dari hidup kita sebagai guru pelatih di sini..

   Pada perhimpunan pagi isnin 19 April 2010, telah dimumkan bahawa pemakaian helmet di kawasan kampus adalah wajib dan sebarang pelanggaran undang-undang ini akan dikenakan tindakan.. Pada saat dan ketika itu jugalah keadaan para hadirin (aka pelajar) di dst mula hingar bingar.. Ada yang menyatakan rasa tidak puas hati, ada jugak yang menunjukkan riak muka yang kurang menyenangkan.. Hehe, aku hanya tersenyum melihatakan gelagat tersebut.. Aku paham sangat kerana masalah ini adalah merujuk kepada kaum lelaki di kampus ini yang hampir kesemua menaiki motorsikal, jadi pada fikiran aku pelajar perempuan tidak terjejas sangat..(Tapi ada jugak pelajar perempuan yang menaiki motorsikal).

   Ok lah. cakap banyak pun x guna jugak. jom kita lihat hasil survey mulut ke mulut yang aku buat selama hampir seminggu ini..


 Pro : 1. of coz lah sebab keselamatan warga kampus
         2. xde dah


 Kons:

  1. Jalan kt kampus kita hanya one way, jadi peratus kemalangan adalah terlalu sedikit..(paling  laju dalam kampus pn dalam 60km/j)
  2. Agak menyusahkan apabila hendak bergerak, xkan nak pergi kafe yang jarak x sampai 5om kena pakai helmet.
  3. Merosakkan rambut, xkan la setiap kali bukak helmet pelajar kena cari cermin nak betulkan   rambut..kalu yang jenis rebonding xpela, tpi yang jenis susah diurus kan da jadi 1 hal nk  kena  basahkan.
  4. Ada pelajar perempuan mengadu, tudung dorang kan rosak dan berkedut.. nanti masuk kelas kusut masai, kan da  xlawa tu..haha
  5. Tu jela dulu, kan muntah pulak korang nak baca..

Cadangan : ada jugak cadangan dari dorang ni yang aku kena nyatakan.. walaupun agak pelik tapi kita kena
                  cuba;

  • Pihak pengurusan cuba selami hati pelajar, bagaimana? haa naik motor selama seminggu, nak gerak pergi mana-mana pun kena pakai helmet walaupun ke kafe.     
  • Semua staf termasuk pak guard ( Bala n da geng) yang naik motor kena pakai helmet.. knp? sebabnya kepala sama-sama keras..
  • Buat survey, dengar suara JPP kami.. Buat apa kami undi dorang kalau suara dorang ni tidak 
Photobucket dikira pakai.

   Sekian untuk waktu ini, sama-sama la kita renungkan akan pro n kons cadangan aku ni..harap tidak ada pihak yang berkecik ati.. Ini hanyalah lontaran pandangan hamba pacar yang hina.. Semoga kita dapat mencari satu keputusan yang dapat menyenangkan hati semua orang..

cincow~










Saturday, April 3, 2010

Aduh penatnye mata!!!

   Hujung minggu bagi seorang guru bukanlah bermakna cuti.. Dari pagi aku bangun,pas subuh terus tak tido..
Dalam usaha menyiapkan blog Permata, aku mengambil masa dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 5 petang, hadoi rasa cam nak tercabut mata ni...
   Tapi aku rasa puas walaupun masih banyak yang belum dibuat.. Walaupun ini bukan kali pertama aku buat blog untuk Permata, tapi aku rasa kali ni lagi bersemangat dan puas hati.. Pape pun tq n solute yang tak terhingga kepada bro khairul y tolong wat banner,jasamu dikenang..kalau terlebih rajin,tolong2 la buatkan banner 2k blog cikgu andika lak=p
   Cuak jugak dalam perut sebenarnye ni, sebab portfolio ngan lesson plan praktikum aku  tak siap lagi.. Dah la guru pembimbing aku warning awal-awal lagi yang die nak cek aku punya kerja..fuhhh, InsyaAllah aku dapat siapkan jugak nanti..aku cuba buat yang terbaik untuk kedua-duanya... 

Thursday, April 1, 2010

Hari Pertama Sebagai Blogger

Ini adalah hari pertama aku mempunyai blog sendiri...Alhamdulillah ada jugak blog yang aku impikan selama ini....untuk post yang pertama ini,ak ingin mengucapkan terima kasih kepada Saudara Khairul kerana sudi membantu aku mencari formula yang terbaik demi menghasilkan blog yang mampu menarik minat pengunjung..blog ini ak buat khas sebagai medan terbaik mencurah dan berkongsi idea tidak kiralah dalam bidang akademik mahupun santai kedai kopi..sebagai guru kita harus tahu untuk bersosial yang kena tempat....
sekian untuk waktu ini......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...