Followers

Tuesday, May 18, 2010

Hiburan di Hari Guru: Adakah ini yang kita mahu tonjolkan pada anak didik kita?

   Assalamualaikum wbt..huhu cikgu menulis lagi di malam yang dah menganjak ke pagi ini.. semalam 17 mei 2010 telah berlangsung sambutan hari guru peringkat kampus.. alhamduillah semua aturcara yang dijalankan menampakkan kemeriahan sambutan ini.. tapi, memang ada tapi..huhuu..

   Pada pagi hari di padang memang terlalu meriah dengan cara sukan ragam, macam2 acara ada termasuklah memancing, explore run dsb.. semua hadirin nampak gembira dan terhibur dengan setiap aktiviti yang dijalankan.. apa yang aku nak sampaikan bukan pasal acara pagi tapi acara selepas rehat iaitu semasa di DST..

   Sebelum aku menempelak beberapa pihak, aku nak mohon maaf dulu la jika ada yang terasa.. semua teguran yang bakal aku buat ini adalah untuk pengajaran dan renungan kita bersama.. harap tidak ada yang cepat melenting dengan teguran yang menunjukkan kesalahan masing-masing..

   Bagus lah kalau kita adakan persembahan sebagai salah satu hiburan tapi biarlah berpada-pada kena dengan masa dan keadaan.. ni main tala je, ape kejadah nya semua ni??? aku pun da x faham tengok keadaan yang berlaku.. kenapa diaturkan aturcara yang sebegini?? dari awal persembahan semuanya melibatkan nyanyian.. kalau nyanyi lagu yang memberi motivasi kepada kita bakal guru xpelah jugak, tapi ni tah ape2...

   Kawan2ku, kita perlu ingat yang sambutan tadi adalah sambutan hari guru bukannya konsert yang menyajikan madah hiburan semata-mata.. aku amat terkejut dan sangat2 terkejut.. apa dah jadi dengan keadaan kampus kita??? mana adat temenggong yang kita banggakan selama ni??

   Setelah bersama-sama berkongsi pendapat dengan rakan-rakanku sebentar tadi, nampaknya semua tidak bersetuju dengan apa yang dijalankan pada sambutan tengah hari tadi.. korang semua tahu kan apa dah jadi semasa 'konsert' tu dijalakan kan? xperlulah aku tulis kat sini..

   Memang ada faktor lain yang menyebabkan kejadian tadi berlaku, tapi kita sebagai muslim haruslah sedar yang kejadian tadi adalah satu petanda dari Nya supaya kita semua beringat.. betul x?? sebenarnya aku tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, tetapi di sini aku ingin menegaskan skali lagi yang pemimpin memainkan faktor utama dalam sesuatu perkara..

  Kenapa banyak sangat pelajar kita pada hari ini disajikan dengan hiburan? MasyaAllah aku pun agak terkilan sebenarnya perkara seperti ini telah terlepas pandang dari pihak yang 'sepatutnya'.. bermula dari malam forte, karaoke mlm jumaat sempena pesta konvo, pas 2 'konsert' yang tadi memang hiburan semuanya.. 

   Bila keadaan sudah menjadi cmni baru kita nak beringat, berhati-hati lah jangan sampai bala pulak yang menimpa.. Ingatlah, kita cuba renung balik.. cuba kita balik kepada yang asal.. kita diciptakan unutk apa? apa yang perlu kita buat? apa yang ditegah dan apa yang dilarang?

   Berhibur itu tak salah, tapi biarlah ada batasnya, jangan sampai kita menjadi tidak diredhai.. renungkan balik  apa yang telah tersilap, adakah silap meranacang ataupun silap melaksana..jangan cepat melenting sebab amarah itu kunci utama syaitan untuk menyesatkan kita..

   Aku mintak maaf jika ada yang terasa, tapi kita kena sedar sebab kita adalah arkitek masa depan negara.. salah acuan kita, maka rosaklah pembinaan negara kita.. setiap yang kita lakukan akan disoal kemudian nanti, sama-samalah kita muhasabah diri..

Ingat, tugas kita berat bukan setakat tanggungjawab dunia tetapi juga tanggungjawab untuk ke 'sana'..

Renungkanlah wahai bakal pendidik dan yang dah jadi pendidik semua...cincow~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...