Followers

Wednesday, March 28, 2012

Graduation Day....

   Salam...... Alhamdulillah satu lagi ganjaran dari Maha Pencipta kepada kehidupan penuh ranjau yang telah aku lalui selama ini... Tanggal 13 Mac 2012 lalu, aku telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan setelah 5 tahun setengah belajar di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.. Tidak ketinggalan turut grade sama adalah isteri tercinta (Nurul Hazwani Bt Wakanan).. Pada ruangan yang tidak seberapa ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua mama dan abah yang selama ini tidak pernah jemu memberi semangat dan dorongan demi melihat aku berjaya... Alhamdulillah, anakmu kini telah berjaya menggenggam segulung ijazah yang selama ini kita impikan.. Terima kasih mama dan abah, sayang ma & abah sangat-sangat... Tidak lupa juga kepada isteri tercinta, adik beradik, keluarga mertua serta seluruh ahli keluarga yang selama ini menyokong penuh setiap perjalanan hidup yang aku lalui..

Photobucket
Photobucket
Bersama keluarga mertua
Photobucket
Bersama keluargaku
Photobucket
Keluarga besar kami
Photobucket










Sekitar Majlis Pernikahan...11 Mac 2012

    Salam... Alhamdulillah, majlis pernikahan kami akhirnya dapat berjalan dengan sempurna.. Walaupun hanya majlis akad tanpa walimah diadakan, ianya tetap berlangsung meriah.. InsyaAllah majlis walimah kami akan diadakan pada 27 Mei 2012 (pengantin perempuan) dan 30 Mei 2012 (pengantin lelaki).. Semoga ikatan cinta kami mendapat keberkatan dari yang Maha Esa... Amin.. Berikut adalah serba sedikit gambar yang sempat saya upload untuk dikongsi bersama.... :)

Photobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket





















Thursday, March 22, 2012

Ku Bersyukur Atas Redhamu

   Assalamualaikum w.b.t....... Alhamdulillah segala pujian bagi Allah tuhan sekalian alam, aku amat bersyukur kerana dua peristiwa penting dalam hidupku telah berlangsung dengan jayanya dengan izinNya.. Setelah direnungi, sungguh besar nikmat yang aku terima selama ini.. Alhamdulillah untuk kedua kalinya...

Photobucket
11 MAC 2012
   Pertama sekali adalah Majlis Pernikahanku bersama isteri tercinta (Nurul Hazwani Bt Wakanan) pada 11 Mac 2012 pada pukul 1130 pagi. Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku kini sah bergelar seorang suami.. Walaupun hanya majlis akad sahaja diadakan, aku amat bersyukur kerana sambutan yang diterima cukup meriah dengan kehadiran semua yang datang meraikan kami.. Kepada sahabat lain, minta maaf jika kami tidak menghebahkan perkara ini kerana kami hanya mengadakan majlis akad nikah sahaja.. InsyaAllah majlis kenduri akan diadakan pada cuti sekolah bulan 5 nanti.. Apapun terima kasih di  atas ucapan tahniah yang telah diterima.

Photobucket
13 MAC 2012
   Keduanya adalah majlis graduasi yang telah berlangsung di PICC pada 13 Mac 2012, aku kini telah berjaya menggenggam segulung ijazah setelah lima tahun setengah belajar di IPG... Kejayaan ini sekali lagi dapat aku kongsi bersama seluruh ahli keluarga terutama mama dan abah yang telah banyak berkorban untuk aku selama ini.. Tidak lupa juga buat isteri tercinta yang sama-sama berusaha untuk kejayaan ini... ;)

   Alhamdulillah segala usaha selama ini mendapat keberkatan dari Maha Pencipta... Aku bersyukur padaMu Ya Allah.. Doaku semoga aku menjadi umat yang lebih baik, sempurna, dan lebih dekat padaMu... Juga dapat menjadi suami & ayah yang terbaik buat keluargaku..... Serta berjaya dalam kerjayaku hanya keranaMu Ya Allah....
Photobucket
KELUARGA BACARZ






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...