Followers

Thursday, March 22, 2012

Ku Bersyukur Atas Redhamu

   Assalamualaikum w.b.t....... Alhamdulillah segala pujian bagi Allah tuhan sekalian alam, aku amat bersyukur kerana dua peristiwa penting dalam hidupku telah berlangsung dengan jayanya dengan izinNya.. Setelah direnungi, sungguh besar nikmat yang aku terima selama ini.. Alhamdulillah untuk kedua kalinya...

Photobucket
11 MAC 2012
   Pertama sekali adalah Majlis Pernikahanku bersama isteri tercinta (Nurul Hazwani Bt Wakanan) pada 11 Mac 2012 pada pukul 1130 pagi. Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku kini sah bergelar seorang suami.. Walaupun hanya majlis akad sahaja diadakan, aku amat bersyukur kerana sambutan yang diterima cukup meriah dengan kehadiran semua yang datang meraikan kami.. Kepada sahabat lain, minta maaf jika kami tidak menghebahkan perkara ini kerana kami hanya mengadakan majlis akad nikah sahaja.. InsyaAllah majlis kenduri akan diadakan pada cuti sekolah bulan 5 nanti.. Apapun terima kasih di  atas ucapan tahniah yang telah diterima.

Photobucket
13 MAC 2012
   Keduanya adalah majlis graduasi yang telah berlangsung di PICC pada 13 Mac 2012, aku kini telah berjaya menggenggam segulung ijazah setelah lima tahun setengah belajar di IPG... Kejayaan ini sekali lagi dapat aku kongsi bersama seluruh ahli keluarga terutama mama dan abah yang telah banyak berkorban untuk aku selama ini.. Tidak lupa juga buat isteri tercinta yang sama-sama berusaha untuk kejayaan ini... ;)

   Alhamdulillah segala usaha selama ini mendapat keberkatan dari Maha Pencipta... Aku bersyukur padaMu Ya Allah.. Doaku semoga aku menjadi umat yang lebih baik, sempurna, dan lebih dekat padaMu... Juga dapat menjadi suami & ayah yang terbaik buat keluargaku..... Serta berjaya dalam kerjayaku hanya keranaMu Ya Allah....
Photobucket
KELUARGA BACARZ






1 comment:

  1. alhamdulillah:)
    tahniah syg, dah berjaya pegang segulung ijazah:)
    terima kasih semuanya.
    terima kasih jadi suami yang sempurna:)
    hadiah yang paling berharga
    doakan bb jadi isteri solehah dan ibu mithali utk abg :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...