Followers

Sunday, July 18, 2010

Bagaimana nak hilangkan rasa sedih?

   Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah hari ini aku berasa terpanggil untuk menulis berkenaan dengan kesedihan dan kebahagiaan.. Kalau kita boleh terjemahkan keduanya, maka kita akan dapat merungkaikan satu persoalan di mana keduanya mempunyai hubungkait yang saling bergantung antara satu sama lain..

   Ibarat kalau xde angin, masakan pokok bergoyang..begitulah juga halnya dengan sesebuah perhubungan.. Kadang-kadang kita mengharapkan sesuatu dari pasangan kita tetapi dia tidak dapat menunaikannya.. Anggaplah bahawa dia masih lagi dalam peringkat belajar mengenali dan memahami kita... Jadi janganlah cepat kita menghukumnya, kerana ini akan lebih mengeruhkan kedaan..

   Mungkin juga dia memerlukan lebih banyak masa dan perhatian dari kita, jadi cubalah untuk saling memahami jika kedua pasangan tersebut mahu terus membina hubungan yang panjang sampai bila2... Jauh di sudut hati setiap pasangan adalah mahukan yang terbaik dalam hidup mereka, maka cubalah tunaikan selagi ia tidak membawa mudharat dalam hidup anda. 

   Kesimpulannya, sifat saling bertolak ansur dan mahukan yang terbaik untuk pasangan masing-masing perlu dipupuk agar rasa tanggungjawab itu terus melekat dalam diri masing-masing... Ingatlah tidak semua yang kita mahukan akan ditunaikan, tetapi sebaik mungkin, semampu boleh cubalah untuk tidak saling melukai... Tiada guna kita bergelak tawa jika yang sebelah lagi menangis tidak berlagu... 

Renung-renungkan dan selamat beramal......

cincow~

Tuesday, July 6, 2010

Merindui kedua orang tuaku


Photobucket



   Assalamualaikum wbt.. sudah 2 minggu aku pulang ke kampus dan sudah 2 minggu juga la aku sibuk dengan praktikum... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun agak sedikit kelam kabut... Dalam kesibukan membuat lesson plan, sebenarnya jauh di sudut hati aku teringat kat kampung... 

   Mana tidaknya, aku rindu dengan kelibat abah dan mama.. kalau di kampus, waktu pagi aku kena bangun sendiri, tapi kalau di rumah mesti mama yang kejutkan.. walaupun aku ni jenis yang liat untuk bangun pagi tapi aku rindu suara mama menjerit-menjerit memanggil nama aku supaya aku bangun solat subuh.. kat sini semua aku kena urus sendiri, lambat bangun maka lambatlah aku pergi sekolah...

   Begitu juga dengan abah, reaksi spontan abah selalu wat aku terkenang.. walaupun x banyak cakap tapi nada suara inilah yang pernah membuat aku rasa gerun pada masa dulu... Lagak abah yang sentiasa tenang dan 'cool' dalam apa jua keadaan aku jadikan azimat dan bekalan yang berharga apabila aku tiba di sini..

   Abah dan mama, anakmu sentiasa merindukan suasana kampung yang tenang dan damai... InsyaAllah jika dipanjangkan umur kita akan bersua lagi... sayang anakmu untukmu berdua sepanjang hayat..
cincow~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...