Followers

Sunday, December 16, 2012

Kawanku berumah bertangga :)

   Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah Yang Maha Besar yang telah menciptakan manusia di muka bumi ini secara berpasangan.. Dan hari ini dua lagi sahabat kami telah menemui jodoh masing-masing.. Jom kita tengok-tengok foto-foto hari bahagia dorang :)

   Tahniah kami ucapkan kepada Syahira Shukri @ira bersama pasangan Syahreen Shamsuri @yen yang berlangsung pada 9 Disember 2012 bertempat di Shah Alam..
Photobucket
Ambil berkat dulu :)
Photobucket
Ambil berkat jugak ke? :P
Photobucket
Tu dia :)
Photobucket
Kenangan bersama :)































    Ha ni pulak majlis seorang lagi kawan kelas kami iaitu Lizah Rahmat dan pasangannye Muiz yang berlangsung pada 16 Disember 2012 bertempat di Simpang Renggam:) 

Photobucket
Nampak x?
Photobucket
Cenyum :)
Photobucket
Gadis Tol :)






Wednesday, December 12, 2012

Singgah sekejap di Gunung Stong

   Assalamualaikum wbt... Ha post kali ni masa kami singgah di Gunung Stong pada 17/11/2012, masa tu kitaorang dalam perjalanan dari Gua Musang ke kampung di Jerteh.. Masa tengah drive tetiba tertengok air terjun dari atas gunung yang memang cantik,so kitaorang amik keputusan untuk berhenti amik gambar.. Fuuuhhh tempat tu memang cantik sangat, dengan air yang jernih giler memang besh la.. InsyaAllah satu hari nanti ingat nak pergi tido kat situ lak dalam 2 3 malam.. hehe...
Photobucket
Air Terjun Gunung Stong
Photobucket
Bergaya :P
Photobucket
Senyum!! :P
Photobucket
Ma dan Abah :)
Photobucket
Tu air terjun kat belakang :)

Bulan Madu di Tasik Rindu :P

   Assalamualaikum wbt..alhamdulillah aku dapat semula ruang untuk menulis, biasa la duduk di pedalaman memang susah nak lapangkan diri nak menulis..hehehe alasan.. Okeh post kali ni aku nak becerita tentang bulan madu kami di The Swiss Garden Resort & Spa, Kuantan, Pahang pada 25-27 November 2012.. Setelah hampir setahun berkahwin barulah kami berpeluang untuk berbulan madu,ini kerana perkahwinan jarak jauh kami yang tidak mengizinkan kami untuk selalu berjumpa.. Tengok jelah gambar di bawah ni,hehe..

h1
Pemandangan dari Suite
Photobucket
Aktiviti yang ada
Photobucket
Ceeehhh!!!
Photobucket
Renung masa depan :)
Photobucket
Tengok jela :)
Photobucket
Kenderaan kami!
Photobucket
Laju ni :P
Photobucket
Dinner time ;)
Photobucket
I Love U 2 :)
Photobucket
Jom Mam :)















Photobucket
Romantic Dinner







Wednesday, March 28, 2012

Graduation Day....

   Salam...... Alhamdulillah satu lagi ganjaran dari Maha Pencipta kepada kehidupan penuh ranjau yang telah aku lalui selama ini... Tanggal 13 Mac 2012 lalu, aku telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan setelah 5 tahun setengah belajar di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.. Tidak ketinggalan turut grade sama adalah isteri tercinta (Nurul Hazwani Bt Wakanan).. Pada ruangan yang tidak seberapa ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua mama dan abah yang selama ini tidak pernah jemu memberi semangat dan dorongan demi melihat aku berjaya... Alhamdulillah, anakmu kini telah berjaya menggenggam segulung ijazah yang selama ini kita impikan.. Terima kasih mama dan abah, sayang ma & abah sangat-sangat... Tidak lupa juga kepada isteri tercinta, adik beradik, keluarga mertua serta seluruh ahli keluarga yang selama ini menyokong penuh setiap perjalanan hidup yang aku lalui..

Photobucket
Photobucket
Bersama keluarga mertua
Photobucket
Bersama keluargaku
Photobucket
Keluarga besar kami
Photobucket










Sekitar Majlis Pernikahan...11 Mac 2012

    Salam... Alhamdulillah, majlis pernikahan kami akhirnya dapat berjalan dengan sempurna.. Walaupun hanya majlis akad tanpa walimah diadakan, ianya tetap berlangsung meriah.. InsyaAllah majlis walimah kami akan diadakan pada 27 Mei 2012 (pengantin perempuan) dan 30 Mei 2012 (pengantin lelaki).. Semoga ikatan cinta kami mendapat keberkatan dari yang Maha Esa... Amin.. Berikut adalah serba sedikit gambar yang sempat saya upload untuk dikongsi bersama.... :)

Photobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket





















Thursday, March 22, 2012

Ku Bersyukur Atas Redhamu

   Assalamualaikum w.b.t....... Alhamdulillah segala pujian bagi Allah tuhan sekalian alam, aku amat bersyukur kerana dua peristiwa penting dalam hidupku telah berlangsung dengan jayanya dengan izinNya.. Setelah direnungi, sungguh besar nikmat yang aku terima selama ini.. Alhamdulillah untuk kedua kalinya...

Photobucket
11 MAC 2012
   Pertama sekali adalah Majlis Pernikahanku bersama isteri tercinta (Nurul Hazwani Bt Wakanan) pada 11 Mac 2012 pada pukul 1130 pagi. Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku kini sah bergelar seorang suami.. Walaupun hanya majlis akad sahaja diadakan, aku amat bersyukur kerana sambutan yang diterima cukup meriah dengan kehadiran semua yang datang meraikan kami.. Kepada sahabat lain, minta maaf jika kami tidak menghebahkan perkara ini kerana kami hanya mengadakan majlis akad nikah sahaja.. InsyaAllah majlis kenduri akan diadakan pada cuti sekolah bulan 5 nanti.. Apapun terima kasih di  atas ucapan tahniah yang telah diterima.

Photobucket
13 MAC 2012
   Keduanya adalah majlis graduasi yang telah berlangsung di PICC pada 13 Mac 2012, aku kini telah berjaya menggenggam segulung ijazah setelah lima tahun setengah belajar di IPG... Kejayaan ini sekali lagi dapat aku kongsi bersama seluruh ahli keluarga terutama mama dan abah yang telah banyak berkorban untuk aku selama ini.. Tidak lupa juga buat isteri tercinta yang sama-sama berusaha untuk kejayaan ini... ;)

   Alhamdulillah segala usaha selama ini mendapat keberkatan dari Maha Pencipta... Aku bersyukur padaMu Ya Allah.. Doaku semoga aku menjadi umat yang lebih baik, sempurna, dan lebih dekat padaMu... Juga dapat menjadi suami & ayah yang terbaik buat keluargaku..... Serta berjaya dalam kerjayaku hanya keranaMu Ya Allah....
Photobucket
KELUARGA BACARZ






Tuesday, February 21, 2012

Hari Pertama di Nanga Pelagus


Photobucket
Pertama kali Sampai di Jeti
Photobucket
Sekolah Baruku
Photobucket
Blok Pentadbiran

Alhamdulillah aku selamat tiba di SK. NG Pelagus, Kapit, Sarawak pada pukul 0130pm tadi.. Ini adalah pengalaman baru bagiku setelah menempuh perjalanan yang begitu jauh mengambil masa 6 hari untuk sampai ke sini.. Akhirnya aku berjaya tiba dengan selamat..

Photobucket
Dalam Speed Boat
            Pandangan pertama aku di sini nyata berbeza dengan apa yang aku bayangkan, suasana asing ini begitu tenang bagiku untuk mendiami kawasan pedalaman ini.. Nyata setiap yang ditakdirkan oleh yang maha Esa mempunyai hikmah yang tersendiri.. Di sini adalah tempat aku mencari rezeki, mengajar anak-anak orang iban yang begitu asing bagiku sebelum ini..


            Esok pagi merupakan hari pertama aku melangkah ke sekolah sebagai seorang guru, aku berdoa semoga dipermudahkan segala urusan yang akan aku lakukan selama bergelar seorang guru.. Diharapkan niat aku untuk mengajar anak bangsa kerana Allah tidak terpesong dan dipermudahkan rezeki keseluruhannya….Amin.

Perjalanan Mengejar Cita

Photobucket
Dalam Bot
Photobucket
Di KLIA
Photobucket   Alhamdulillah.. Perkataan pertama yang terbit dari bibirku ketika menerima keputusan penempatan... 'SARAWAK!!'... Ye, penerbangan dari KLIA terasa begitu bermakna bagi seorang guru novis seperti aku, dengan cabaran yang akan mendatang aku cuba sebaik mungkin untuk menempuhnya... Berkuatkuasa 16 Jan 2012, aku sah menjadi seorang guru... Tidak banyak yang perlu diperkatakan, setelah sampai di Sibu, aku kena bermalam untuk satu malam sebelum meneruskan perjalanan ke Kapit menaiki bot express yang memakan masa selama 3 jam....
   
   Di Kapit, aku kena naik bot express selama lagi 2 jam sebelum tiba ke sekolah aku iaitu SK Nanga Pelagus...  Sekarang aku malas lagi nak tulis panjang-panjang, mud x dtg lagi.. hehehe
Photobucket
Lebuh Raya Batang Rajang



Photobucket
Suasana dalam Bot Express

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...