Followers

Tuesday, February 21, 2012

Hari Pertama di Nanga Pelagus


Photobucket
Pertama kali Sampai di Jeti
Photobucket
Sekolah Baruku
Photobucket
Blok Pentadbiran

Alhamdulillah aku selamat tiba di SK. NG Pelagus, Kapit, Sarawak pada pukul 0130pm tadi.. Ini adalah pengalaman baru bagiku setelah menempuh perjalanan yang begitu jauh mengambil masa 6 hari untuk sampai ke sini.. Akhirnya aku berjaya tiba dengan selamat..

Photobucket
Dalam Speed Boat
            Pandangan pertama aku di sini nyata berbeza dengan apa yang aku bayangkan, suasana asing ini begitu tenang bagiku untuk mendiami kawasan pedalaman ini.. Nyata setiap yang ditakdirkan oleh yang maha Esa mempunyai hikmah yang tersendiri.. Di sini adalah tempat aku mencari rezeki, mengajar anak-anak orang iban yang begitu asing bagiku sebelum ini..


            Esok pagi merupakan hari pertama aku melangkah ke sekolah sebagai seorang guru, aku berdoa semoga dipermudahkan segala urusan yang akan aku lakukan selama bergelar seorang guru.. Diharapkan niat aku untuk mengajar anak bangsa kerana Allah tidak terpesong dan dipermudahkan rezeki keseluruhannya….Amin.

Perjalanan Mengejar Cita

Photobucket
Dalam Bot
Photobucket
Di KLIA
Photobucket   Alhamdulillah.. Perkataan pertama yang terbit dari bibirku ketika menerima keputusan penempatan... 'SARAWAK!!'... Ye, penerbangan dari KLIA terasa begitu bermakna bagi seorang guru novis seperti aku, dengan cabaran yang akan mendatang aku cuba sebaik mungkin untuk menempuhnya... Berkuatkuasa 16 Jan 2012, aku sah menjadi seorang guru... Tidak banyak yang perlu diperkatakan, setelah sampai di Sibu, aku kena bermalam untuk satu malam sebelum meneruskan perjalanan ke Kapit menaiki bot express yang memakan masa selama 3 jam....
   
   Di Kapit, aku kena naik bot express selama lagi 2 jam sebelum tiba ke sekolah aku iaitu SK Nanga Pelagus...  Sekarang aku malas lagi nak tulis panjang-panjang, mud x dtg lagi.. hehehe
Photobucket
Lebuh Raya Batang Rajang



Photobucket
Suasana dalam Bot Express

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...