Petang ini,
Bersama-sama gelak tawa riang,
Berjenaka, berlawak dan bermesra,
Namun semua masih cuba sembunyikan,
Perasaan berat, pilu, pedih yang bercampur baur.
Gelora di jiwa terus bergolak,
Manik-manik kecil makin terasa di anak mata,
Saat kita meluahkan kesedihan masing-masing,
Bahawa kitalah keluarga Bacarz yang bahagia.
Sebak di dada tak dapat lagi dibendung,
Mengenang kembali sejarah dikandung,
Lima setengah tahun penuh berliku kita lalui,
Hari ini sampai jua kita di penghujung.
Buat sahabatku semua,
Kau sahabat, kau teman, kaulah segalanya,
Susah senang sudah kita lalui bersama,
Sampai masa kita berpisah jua.
Doaku ukhwah kita tetap utuh,
Bertaburan kita di bumi Allah,
Family Bacarz akan terus bersinar,
Bersama kilauan yang telah kita bina.
Andai dipanjang umur, rezeki dan jodoh,
Kenanglah kembali suka duka kita bersama,
Lima tahun lagi bertemu kita,
Reunion sama kita jayakan.
Aku sayang korang semua………….
Nukilan;
Cikgu andika.
ni masa kita comot-comot kt pulau sibu dulu |
ni trip kita pusing 1 johor masa raya 2010 |