Followers

Thursday, June 9, 2011

Tribute to Ayahanda Sasman....

   Salam..hurm da lama rasanya aku x menjengah kt blog aku ni...Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk aku menulis semula..x lewat rasanya kalau aku nk buat tribute kepada Tuan Hj Sasman yang dah berpindah.. sedih rasanya bila kehilangan seorang yang begitu berani dan gigih dalam memberi sumbangan bakti dalam bidang pendidikan di negara kita..

   Banyak kenangan bersama beliau yang tidak dapat aku lupakan sepanjang beliau berada di kampus ni... 1st time aku jumpa beliau, pedih telinga aku dengar bila die mengatakan Biro Penerbitan pemalas, xtau buat kerja, lambat dan sebagainya... Sape yang x sedih bila dihina macam tu, tapi detik 2 rupanya menjadi satu detik pencetus semangat dan tanda bahawa kami akan rapat serta bekerjasama dengan cara yang luar biasa..
   Hahaha, bekerjasama dengan cara yang luar biasa?? ya, itulah kami.. Apa yang orang fikirkan gila, itulah yang kami buat.. beliau adalah pencetus semangat juang kami semua.. aku bangkit dari kosong sehingga sekarang dalam bidang penerbitan adalah 60% datang dari die dengan izin Allah. Banyak tunjuk ajar yang die curahkan xkira la yang formal mahupun tidak formal...

   Tak pernah aku jumpa seorang yang berpangkat tinggi seperti die yang sanggup bersengkang mata bersama menyiapkan majalah sampai pukul 3 4 pagi.. Pergi cari lah kat mana-mana pun, memang takkan jumpa.. Yang banyak kita jumpa adalah yang kaki bodek dan suka mengampu.. yang 2 paling banyak, cakap pandai tapi haprak pun tadak..

  Ceeh emo lak kan, hahaha... Teringat aku masa kami bergaduh semasa dalam proses menyiapkan majalah, sampai boleh meninggikan suara dan berdebat nak pertahankan hujah masing-masing.. Bila teringat kelakar lak, mana tak nya aku bergaduh ngan Timb. Pengarah kot...Tapi tulah sebenarnya yang merapatkan kami.. Masing-masing sudah faham cara kerja masing-masing.. Kalau boleh aku nak ni benda berlaku lagi, tapi tu adalah kenangan bersama beliau..

    Satu lagi perkara yang aku tak boleh lupa adalah bila saat kertas kerja kami dibatalkan di saat akhir.. Kami bercakap dalam telefon dalam nada yang begitu sedih.. beliau sendiri yang katakan bahawa xnak teruskan, tapi dengan semangat dan ilmu yang pernah aku belajar, aku merayu untuk sudahkan juga majalah dan beliau terima dan sanggup berdepan ngan orang atasan untuk bantu kami...korang paham la camane kita punya pengurusan kan..xyah la aku cite kat cni.. Tapi pendek kata jika ayahanda takde, maka senang lah kami sume di ayam2kan cm KFC 2....

   Da banyak rasanya aku mengomel ni..n kalau nak cite, boleh jadi novel.. tapi setakat ni je la dulu, nanti sebak sangat lak rasa.. Apapun aku doakan ayahanda akan terus berjaya dan x lupakan kami di sini.. Semangat yang beliau tinggalkan tidak akan pudar dan akan diteruskan oleh kami semua... Kenangan bersama ayahanda adalah sesuatu yang amat berharga dan xternilai harganya... sukses untuk ayahanda....

Photobucket* harapan aku agar aku dapat menjadi seorang yang gigih dan tidak takut mempertahankan kebenaran di masa hadapan..

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...