Followers

Friday, June 10, 2011

Hari Ibu Bapa

            Entah kenapa petang ni, pukul 4.17 pm (9/6/11) aku terpanggil untuk menulis perihal kedua ibu bapaku… Hari ibu yang baru saja berlalu dan hari bapa yang akan kunjung tiba membuatkan hati aku begitu sayu. Mana tidaknya, sedar tak sedar usia kedua orang tuaku telah mencecah angka 63 tahun, satu angka yang cukup matang bagi setiap manusia.

Photobucket            Baru pagi tadi aku perasan apabila melihat wajah kedua orang tuaku, kedut-kedut di balik wajah mereka menampakkan garis-garis tua yang aku tidak tahu berapa lama lagi masa untuk aku bermanja dengan mereka. Dengan cuti yang hanya berbaki seminggu lagi, aku rasakan bahawa cuti kali ini sungguh singkat. Aku tak tahu kenapa, aku rasakan bahawa cuti kali ini sungguh bermakna dalam hidupku dan sayang untuk dilepaskan.

            Bila aku terkenangkan kembali sejak dari kecil sampai sekarang, aku rasakan bahawa akulah anak yang paling dimanjakan mereka dan yang paling mendapat kemewahan kasih sayang. Alhamdulillah, berkat doa kedua ibu bapaku tahun ini adalah tahun terakhir aku berada di IPGKTI. Bermula tahun depan (2012), adalah masa untuk aku membalas balik jasa kedua orang tuaku. Semoga mereka sempat merasa hasil penat lelah yang mereka tanggung selama ini.

            Mama (Zaliha @ Rahimah Bt Chik) adalah seorang yang tabah dalam menghadapi liku hidup. Setelah 5 tahun diserang strok, mama bangkit semula melalui hari-hari yang penuh cabaran. Aku memang respek mama kerana dengan sebelah tangan, dia mampu melakukan kerja rumah tanpa mengeluh. Suara dan masakan mama memang sentiasa aku rindukan dikala kejauhan. Kadang-kadang aku rasakan begitu sebak bila saat menatap wajah cantik ini, mana tidaknya bila dia sering kali menyatakan takut tak sempat untuk melihat aku berjaya. Mama, InsyaAllah anakmu ini akan membalas segala jasa yang pernah mama curahkan..

            Abah (Zakaria Bin Man) seorang bekas polis yang masih lagi aktif di usia emasnya. Setiap pagi abah akan ke kebun dan sebelah petang pula akan berkebun di sekitar rumah. Sesekali abah akan turun memukat ikan membuatkan hari-hari selepas pencennya tidak terbuang begitu sahaja. Wajah abah memang meninggalkan seribu erti buat diriku. Wajah inilah dulunya membulatkan mata merah menyala menahan marah jika aku membuat salah. Kata-katanya hanyalah sedikit sahaja tapi maknanya seribu. Sesekali aku melihat urat disekeliling lengannya, aku berasa gerun kerana itu adalah petanda abah sudah tua walaupun masih tegap. Dulu aku begitu takut hendak bercakap dengan abah tetapi hari ini aku adalah kawan baiknya. Jika bersembang, kami ibarat seperti adik beradik kerana boleh bergurau senda dan berkongsi cerita. Aku harapkan dapat mengekalkan keadaan seperti ini sampai bila-bila.

            Dikesempatan yang diberikan, anakmu (Shamsul Khairi Bin Zakaria) ingin memohon sejuta ampun dan maaf jika selama ini ada membuatkan abah dan mama terguris hati dengan sikap dan perlakuan yang anakmu tunjukkan. Semoga kasih sayang keluarga kita akan berkekalan selama-lamanya… selamat hari ibu dan selamat hari bapa.. setiap yang datang mesti ada yang pergi dan kita tidak mengetahui siapa yang akan pergi dahulu. Semoga kita sentiasa di dalam rahmat Yang Maha Esa.
   
~ Jazakallahu khairan.

4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...