Followers

Thursday, December 1, 2011

Hari Ini Sampai Jua

   Salam semua... Nukilan kali ni aku tujukan buat family Bacarz yang telah bersama aku selama 5 tahun setengah.. Aku tulis sajak ni pada 23/11/2011 pukul 4.30pm lepas kita semua balik dari mkn KFC terakhir bersama.. Banyak sebenarnya aku nak tulis, tapi tak dapat sebab sebak sangat-sangat masa tu.. Apapun aku harap sangat family kita ni akan terus kekal dalam hati masing-masing.. Kalau ada peluang aku nak kita ulang balik apa yang kita da wat selama 5 tahun setengah ni.. Simpan lah kenangan kita samapai bila-bila.


Petang ini,
Bersama-sama gelak tawa riang,
Berjenaka, berlawak dan bermesra,
Namun semua masih cuba sembunyikan,
Perasaan berat, pilu, pedih yang bercampur baur.

Gelora di jiwa terus bergolak,
Manik-manik kecil makin terasa di anak mata,
Saat kita meluahkan kesedihan masing-masing,
Bahawa kitalah keluarga Bacarz yang bahagia.

Sebak di dada tak dapat lagi dibendung,
Mengenang kembali sejarah dikandung,
Lima setengah tahun penuh berliku kita lalui,
Hari ini sampai jua kita di penghujung.

Buat sahabatku semua,
Kau sahabat, kau teman, kaulah segalanya,
Susah senang sudah kita lalui bersama,
Sampai masa kita berpisah jua.

Doaku ukhwah kita tetap utuh,
Bertaburan kita di bumi Allah,
Family Bacarz akan terus bersinar,
Bersama kilauan yang telah kita bina.

Andai dipanjang umur, rezeki dan jodoh,
Kenanglah kembali suka duka kita bersama,
Lima tahun lagi bertemu kita,
Reunion sama kita jayakan.

Aku sayang korang semua………….
  
Nukilan;
Cikgu andika.
Photobucket
masa kat puteri harbour
yang aku sesat xjumpa jalan
Photobucket
ni masa kita comot-comot
kt pulau sibu dulu




Photobucket
ni trip kita pusing 1 johor masa raya 2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...