Followers

Thursday, September 23, 2010

Salam Lebaran -Eid Mubarak untuk semua

   Alhamdulillah setelah lama menyepi akhirnya aku kembali menulis..tidak terlambat sekiranya untuk aku menyucapakan selamat hari raya aidilfitri buat semua umat islam di dunia ini...rasanya da masuk minggu kedua dalam bulan syawal la kan..

   Apa yang aku ingin ketengahkan??? mestila pasal raya, ini kerana sebagai anak perantau,  banyak yang aku belajar tentang raya di kampung dan di perantauan... Aku akan kupas mengikut pandangan aku dan seterusnya pandangan masyarakat di sekeliling..

   Pertama sekali adalah beraya di kampung.. Mestilah raya kat kampung lagi meriah kan?? di Terengganu misalnya, malam raya 2 macam kat medan perang. Bunyi mercun sana-sini, memang besh sangat.. Pada pagi raya lak, keadaan sunyi sangat.. mungkin semua sedang menikmati kenikmatan pagi syawal sebelum sembahyang raya.. Selepas sesi air mata bersama family, bermulalah raya bagi kami semua.. biasanya raya pertama ngan kedua adalah untuk family sahaja, hari yang seterusnya barulah untuk teman-teman...tapi raya kt kampung xla lama sangat, paling lama pun dalam 4 hari je.... pas 2 sume da wat hal masing-masing.. Tapi ada yang istimewa pada raya ke-enam(raya 6)... Orang kampung akan bangun pagi, pas subuh semua akan berkunjung ke kubur, menziarahi mereka yang telah pergi..selepas itu balik ke rumah dan makan-makan... stop sampai c2 lu..

   Ok berbalik kepada raya di Johor lak.. aku rasakan xla meriah sangat berbanding kampung kerana suasana yang kurang menusuk kalbu sangat...hahaha... yela duduk tengah-tengah bandaraya kan.. Tapi apa yang membuatkan aku suka beraya kat sini adalah waktu raya yang panjang iaitu sebulan penuh.. Seronok aku berjalan raya dari rumah ke rumah..huishh memang besh bak la orang johor cakap.. Cuba pembaca bayangkan ek, setiap kali aku g beraya kat cini rasa cam raya pertama.. mana taknya, makanan memang banyak, memang menambahkan lagi lemak kt badan aku...Memang betul la, orang jawa memang bagus kalau bab melayan tetamu.. Aku bagi fullmark la(hehe bodek bakal mertua), sebab dorang akan layan tetamu macam family sendiri, dorang akan masak sebanyak yang boleh supaya tetamu berasa puas dengan layanan yang diberi..

   Huhu panjang lak coretan aku, tapi 2la yang serba sedikait dapat aku kupaskan kali ni.. Sebenarnya banyak lagi yang ingin aku tulis tapi x cukup masa.. Memang besh bak la kan, kata orang lain tempat lain caranya.. Apapun aku bersyukur dapat belajar kat Johor ni sebab banyak benda yang aku pelajari... Mana tau kan kalau 1 ari nanti aku jadi orang Johor lak..hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...