Followers

Wednesday, May 26, 2010

Perlunya kita prihatin sesama muslim...

Situasi...

Ada seorang muallaf yang duduk di tepi masjid yang besar lagi indah, menagih simpati kepada setiap muslim yang melintasinya..alangkah sedih dan berjujuran air mata di pipi si muallaf itu apabila tak ramai yang sanggup menghulurkan bantuan walaupun sedikit...syahdunya kalau sesama muslim pun kita berkira untuk memberi sedikit rezeki yang Allah limpahkan pada kita...
Photobucket
Setelah di survey...
  1. Muallaf itu adalah seorang india muslim yang baru memeluk islam..
  2. Tiada keluarga, hidup sebatang kara...tempat tinggal hanyalah kaki lima..
  3. Tiada kerja kerana ramai yang tidak mahu membantu...
  4. Menagih simpati hanya untuk sesuap nasi....
Renungkanlah....
  1. Sebagai seorang muslim yang hanya meminjam rezeki dari Nya, tergamakkah kita membiarkan saudara sesama agama kita merempat???
  2. Ingatlah, die memeluk islam kerana indahnya agama kita.. sempurnanya agama kita untuk seluruh umat manusia....janganlah kita yang menjadi pengahalang untuk dia terus mendekati agama kita..
  3. Si muallaf itu hanya seperti kain putih yang putih lagi bersih..bantulah die mencari jalan Allah agar kita turut sama mendapat redhaNya.. 
Kesimpulannya...
Sebagai muslim yang prihatin, tidak salah untuk kita mendekatinya... walaupun tidak dapat menghulurkan bantuan tapi sekadar berkongsi masalah dan memberi bimbingan, itu pun sudah cukup baik baginya.. Ingatlah wahai saudara seagama ku, kita hidup di dunia hanyalah sementara.. segala nikmat yang diberikan adalah salah satu pinjaman yang perlu dibayar melalui amalan kita..janganlah sombong untuk berkongsi nikmat itu kerana setiap perbuatan dan amalan kita di dunia ini adalah sebagai pelaburan kita di akhirat kelak...

Tuesday, May 18, 2010

Hiburan di Hari Guru: Adakah ini yang kita mahu tonjolkan pada anak didik kita?

   Assalamualaikum wbt..huhu cikgu menulis lagi di malam yang dah menganjak ke pagi ini.. semalam 17 mei 2010 telah berlangsung sambutan hari guru peringkat kampus.. alhamduillah semua aturcara yang dijalankan menampakkan kemeriahan sambutan ini.. tapi, memang ada tapi..huhuu..

   Pada pagi hari di padang memang terlalu meriah dengan cara sukan ragam, macam2 acara ada termasuklah memancing, explore run dsb.. semua hadirin nampak gembira dan terhibur dengan setiap aktiviti yang dijalankan.. apa yang aku nak sampaikan bukan pasal acara pagi tapi acara selepas rehat iaitu semasa di DST..

   Sebelum aku menempelak beberapa pihak, aku nak mohon maaf dulu la jika ada yang terasa.. semua teguran yang bakal aku buat ini adalah untuk pengajaran dan renungan kita bersama.. harap tidak ada yang cepat melenting dengan teguran yang menunjukkan kesalahan masing-masing..

   Bagus lah kalau kita adakan persembahan sebagai salah satu hiburan tapi biarlah berpada-pada kena dengan masa dan keadaan.. ni main tala je, ape kejadah nya semua ni??? aku pun da x faham tengok keadaan yang berlaku.. kenapa diaturkan aturcara yang sebegini?? dari awal persembahan semuanya melibatkan nyanyian.. kalau nyanyi lagu yang memberi motivasi kepada kita bakal guru xpelah jugak, tapi ni tah ape2...

   Kawan2ku, kita perlu ingat yang sambutan tadi adalah sambutan hari guru bukannya konsert yang menyajikan madah hiburan semata-mata.. aku amat terkejut dan sangat2 terkejut.. apa dah jadi dengan keadaan kampus kita??? mana adat temenggong yang kita banggakan selama ni??

   Setelah bersama-sama berkongsi pendapat dengan rakan-rakanku sebentar tadi, nampaknya semua tidak bersetuju dengan apa yang dijalankan pada sambutan tengah hari tadi.. korang semua tahu kan apa dah jadi semasa 'konsert' tu dijalakan kan? xperlulah aku tulis kat sini..

   Memang ada faktor lain yang menyebabkan kejadian tadi berlaku, tapi kita sebagai muslim haruslah sedar yang kejadian tadi adalah satu petanda dari Nya supaya kita semua beringat.. betul x?? sebenarnya aku tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, tetapi di sini aku ingin menegaskan skali lagi yang pemimpin memainkan faktor utama dalam sesuatu perkara..

  Kenapa banyak sangat pelajar kita pada hari ini disajikan dengan hiburan? MasyaAllah aku pun agak terkilan sebenarnya perkara seperti ini telah terlepas pandang dari pihak yang 'sepatutnya'.. bermula dari malam forte, karaoke mlm jumaat sempena pesta konvo, pas 2 'konsert' yang tadi memang hiburan semuanya.. 

   Bila keadaan sudah menjadi cmni baru kita nak beringat, berhati-hati lah jangan sampai bala pulak yang menimpa.. Ingatlah, kita cuba renung balik.. cuba kita balik kepada yang asal.. kita diciptakan unutk apa? apa yang perlu kita buat? apa yang ditegah dan apa yang dilarang?

   Berhibur itu tak salah, tapi biarlah ada batasnya, jangan sampai kita menjadi tidak diredhai.. renungkan balik  apa yang telah tersilap, adakah silap meranacang ataupun silap melaksana..jangan cepat melenting sebab amarah itu kunci utama syaitan untuk menyesatkan kita..

   Aku mintak maaf jika ada yang terasa, tapi kita kena sedar sebab kita adalah arkitek masa depan negara.. salah acuan kita, maka rosaklah pembinaan negara kita.. setiap yang kita lakukan akan disoal kemudian nanti, sama-samalah kita muhasabah diri..

Ingat, tugas kita berat bukan setakat tanggungjawab dunia tetapi juga tanggungjawab untuk ke 'sana'..

Renungkanlah wahai bakal pendidik dan yang dah jadi pendidik semua...cincow~

Sunday, May 16, 2010

Pengorbananmu Guru!!


celik mataku menghadapmu

pejam mataku mengingatimu
engkau sentiasa bersamaku 
dikala aku memerlukanmu

cikgu..
ungkapan keramat zaman berzaman
meniti di bibir setiap anak bangsa
tidak kira miskin ataupun kaya
semuanya dahagakan ajarmu

cikgu..
tawamu terkandung seribu makna
tangismu jua penuh ertinya
demi mendidik bangsa tercinta
kau rela bekorban segalanya

cikgu..
jauh kau merantau menyampai sugunung ilmu
mencurah bakti menabur kudrat
jiwamu tiada lain hanyalah satu
demi melihat kejayaan pewaris bangsa

cikgu..
di mana jua kau kembara
di hujung pedalaman Sabah dan Sarawak
jauh dari hiruk-pikuk dunia luar
namun niatmu tak kan luntur dek kesusahan sementara

cikgu..
di sini kami bermula
sebagai insan lahir dari jasamu
menjadi manusia yang sebenar-benarnya
yang mampu menggegar dunia

terima kasih untuk segalanya
tanpamu ibarat tiada ilmu
kami berjaya dengan restumu
sebagai insan kamil di alam ciptaan-Nya..

Photobucket
Terima kasih buat semua guru yang telah banyak berjasa kepada kami dari dahulu hingga sekarang.. semoaga segala pengorbananmu guru mendapat redha Illahi..
InsyaAllah~

Tuesday, May 11, 2010

I wanna rest

   As many things happened to me trough the week, then i decided to stop writing for a while to give a space to me for a rest.. I'm really tired and want to do something new.. i want refreshing my life..


   Any messages, just leave it here.. i will reply as soon as i recover...


I'll be back soon...cincow~

thanks for everything

 

Saturday, May 8, 2010

Merindui hobi yang aku sayang.....miss it


Photobucket


   Assalamuaikum n salam 1Malaysia..agak-agaknye korang, ape lah agaknye hobi y aku sayang ni kan...hehehe...xlen dan x bukan adalah berhandycam, maknenye jd kamera man la...

   Sekarang aku dah xde benda alah 2, da kena antar balik sebab aku da x jadi jpp.. sedey gak rs, sebab aku da jg die setahun..die macam da kenal aku, xpernah rosak dalam tangan aku.. apa2 aktiviti kampus sume aku yang handle, xde orang len yang boleh pegang.. banyak tempat da aku g dengan handycam ni, antaranye ke kursus jpp d PD n banyak tempat lg la..

   Sayang gak rasa, dengan handycam ni la aku bljr cara nk ambk video ngan betul.. pengalaman yang tidak dapat dibaca dalam buku, dengannya jugak la aku bereksperimen tentang shoot terbaik utk setiap event yang berlangsung.. walaupun agak old school, tapi die punye kualiti hampir sama ngan model yang ada kat pasaran skang...

   Harap2 ada la rezeki aku pada masa hadapan utk jadi beli handycam sebijik.. aku rindu sangat nk tengok ekspresi manusia melalui kanta handycam.. InsyaAllah banyak benda yang aku boleh dapat dari hobi yang aku sayang ni....

Miss it.....cincow~

Untuk Mama Tersayang

   Assalamualaikum wbt.. bersempena dengan hari ibu, 8 Mei 2010, cuba kita ungkap balik apa yang dah kita lakukan kepada ibu kita?? MasyaAllah banyak, tapi masih banyak yang kita belum lakukan tul x?.......

   Aku mengenal dunia kerana mama dan abah, aku mengenal siapa diri aku juga disebabkan mereka.. hari ini adalah hari ibu, tapi x bermakna ayah patut dilupakan.. Untuk perkongsian hari ini aku nak ceritakan tentang mama yang banyak bersusah payah dalam mendidik aku dari aku sebesar kelingking sehingga aku da jadi manusia.. banyak, memang terlalu banyak jasa mama kepadaku..

    Masa kecik mama la yang besarkan aku manakala abah sibuk mencari rezeki sebagai anggota polis yang selalu sibuk demi tugasnya, perbezaan umur dengan adik beradik yang lain menyebabkan aku lebih banyak keseorangan kt umah.. hanya mama yang yang menemani aku, dari aku kck, die banyak ajar aku menjadi manusia yang berguna.. bila aku tengah marah, die yang redakan kemarahan aku.. bila aku lapar nk makan sesuatu, die terus buat walaupun masa tu die sangat letih.. aku ingat lagi walaupun die tengah sakit, makan pakai kami sekeluarga x pernah die lupekan..

Saat mama diserang strok...
   Masih aku ingat pada pagi tu, mama diserang strok di depan mata aku masa kami sama-sama buat kerja di kantin sekolah.. masa tu aku br lps spm, aku ingat lagi dimana masa tu mama nak bangun ambik barang n tibe2 die panggil abah...aku tergamam xtau nk buat apa tp nasib baik abah cepat2 papah mama sebelum terjatuh.. seluruh badan mama jd lemah, aku cepat2 start enjin keta n bwk mama g hospital. gigil tangan aku masa drive, kak ida ngn aku x henti2 menangis tapi mama ckp jangan nangis die x pape pn.. dalam keadaan sakit die sempat pesan suruh aku bawak keta slow2, jangan panik, jangan gelabah, die sanggup tahan..

   Sampai di hospital, mama terus di bwk masuk ke emergency room.. aku tenangkan diri aku, call sume adk beradik yang dekat n jauh gtau mama kena strok mtk dorang sume balik... hari tu aku xleh nk buat pape, hanya mampu duduk termenung sebab aku takut, takut mama tinggalkan aku sebelum sempat tgk aku berjaya.. esoknya aku ada temudaga guru di ipsm, tp aku tekad xnak pergi sebab nk jaga mama kat hospital.. abah bagi nasihat suruh aku pergi sebab 2 mungkin rezeki masa depan aku, mama pun menyokong abah walaupun masa tu die tgh skt..

Hari temuduga
   Pagi sebelum g temuduga, aku g hospital dulu bagitau mama n mintak restu die.. aku sampai da lewat ke ipsm n memang aku x prepare pape pn, smpai2 je trs kena marah sebab datang lewat n penemuduga 2 xbagi aku amk insak.. aku x marah n terus duduk kt lua kelas, aku menung je xtau nk wtpe.. fkrn aku bercelaru, xtau pe yang perlu aku buat.. dalm 10mnt aku duduk, die panggil aku masuk n jwb soklan tp aku kena siap sama dengan kwn2 yang lain yang da lama jawab... waktu temuduga berkumpulan n individu, aku just cakap ape yang ada difikiran aku n yang len aku serah kepada yang Esa.. nasib baik die puji aku sebab die kata aku jujur n rendah diri..sebenarnya aku lost hari tu, cakap ikt rasa je..

Mama dihantar ke HUSM,KB
   Habis je temuduga, abah call yang mama kena antr ke HUSM n mitak aku blk segera.. sampai je kt umah aku terus kemas-kemas pakaian mama mana yang patut..petang tu jugak aku g kb n start ari tu hingga ke 2 minggu seterusnya, aku yang jaga mama.. makan, mandi, n sebagai nya ktorang sm2 uruskan.. disebabkan aku anak bongsu, mama nk aku taip2 ari ada kt sblh die... selama 2 minggu kt sana, aku da kenal sume nurse n doktor dalam wad tu.. dorang jugak lah yang bagi aku support n semangat supaya aku belajar bersungguh-sungguh..

Masuk matrikulasi
   Genap 2minggu mama kt hospital akhirnya dapt blk ke rumah jugak, abah mtk blk awal sebab esoknya aku perlu dafrtarkan diri untuk ke matriks.. sampai rumah pkul 7 malam, lepas je slt maghrib aku terus kua bli barang pape yang patut sebelum daftar esok..memang x rehat, kul 5 pagi aku, abang n abah gerak g kuantan.. sampai2 sana, rupanya banyak benda yang yang aku tertinggal.. hehe biasa la, last minute preparation..

Masa depan
   Masa kat matriks aku seronok sangat tapi 2la aku rindu gle kt mama, hmpir tiap2 hari aku cll tnya khabar.. masa ni jugak la aku fikir masa depan aku, klu aku terus kekal kt cni masa depan aku belum pasti.. n then lepas banyak mitak doa n pentunjuk, aku korbanakn niat untuk jd lawyer n aku akhrnya tekad nk masuk maktab jika aku dapat panggilan.. dalam fikiran aku masa tu x lain hanya lah nk tengok mama ngan abah hidup senang... walaupun orang kata jd cikgu gaji kecik, tp aku nk mama ngan abah sempat rasa hasil titik peluh aku.. aku nak dorang bahagia sebab dah lama dorang hidup susah besarkan kami  beradik..

Di IPG-KTI
   Alhamdulillah aku sampai cni dengan semangat baru, semangat yang aku rasa sebagai pengorbanan yang paling besar dalam hidup aku...membentuk diri sebagai seorang pendidik..untuk mama n abah, aku akan cuba sedaya upaya menjadi insan yang dapat gembirakan hati mereka... walaupun mama masih x berapa sihat n abah yang semakin hilang kudrat akibat dah berusia, mereka sentiasa dalam ingatan aku setiap masa...

Selamat hari mama n abah....jasamu dikenang sebagi azimat berguna dalam hati anakmu.........

Friday, May 7, 2010

Pesta Konvo : adakah ia terlepas pandang?

    Assalamualaikum wbt..alhamdulillah ada lagi kesempatan untuk aku menulis di sini walaupun setelah agak lama menghilang, bukan sebab suka-suka menghilang tapi kerana terlalu sibuk menyiapkan tugasan dunia yang aku kira sebagai salah satu tuntutan sebagai bakal guru.

   Mengenai tajuk post aku pada malam ini iaitu pasal pesta konvo.. hurm, bagi aku ia satu percubaan yang agak baru cuba diketengahkan pihak pengurusan kepada guru pelatih.. memang bagus usaha ini kerana kampus kita da dinaiktaraf kepada IPG, so bila ada konvokesyen mesti la ada pestanya..ye x? hahaha

   Tapi sebelum kita rasa bangga dengan usaha yang telah kita lakukan, aku nak ajak semua pembaca berfikir sejenak apa yang tertinggal dalam pesta konvo pada kali ini?.. cuba kita teliti, pesta ini bermula pada hari ini 6 Mei 2010 hingga esok 7 Mei 2010.. banyak aktiviti yang telah dijalankan sejak dari petang tadi bermula dengan futsal dari pukul 3 sampai maghrib. Malam ni pulak lepas isyak pukul 9 ada pertandingan karaoke.. hari jumaat iaitu hari konvo lagi la banyak aktiviti bermula dari pagi sampai petang.. fuhh memang meriah la kiranya kan...hahaha

   Agaknya korang dapat agak x apa kekurangan yang terdapat dalam pesta konvo kali ni?

   Sape yang boleh agak dengan betul memang bagus la, xpe aku bagitau jela.. tapi apa yang aku nak bagitau ni jangan ada yang kecik ati lak, kan xpasal2 aku msk 'court' nanti sebab mempersoalkan peranan sesetengah pihak..

   Sebenarnya, pengisian rohani xde..sumenya bersifat fitrah semata-mata, mana yang bersifat syariat? aku sebenarnya agak keliru bila tengok tentatif program dalam pesta konvo ni.. start men futsal pukul 3 petang sampai maghrib, kenapa tidak diletak dalam tentatif tentang aktiviti yang perlu dibuat di surau dari waktu maghrib sampai waktu isyak? adakah pihak yang berkenaan menganggap perkara sebegini agak tidak penting ataupun sekadar buat2 x nampak je? Yang tu kena tanya diri masing-masing2 la.

   Nak aku sambung lagi? pukul 9 boleh pulak buat aktiviti karaoke kat dewan terbuka tu.. aku xtau la camne nak cakap, mana sensitiviti kita sebagai orang islam? mlm jumaat lak 2..orang kafir yang lain pun boleh tergelak la tengok kita ramai-ramai g nyanyi n sokong benda alah tu... mana tak nye, penganjur islam, peserta pn islam..cmne ni?

   Ok la, aku cuba bandingkan keadaan kat surau waktu magrib tadi ngn kat dwn terbuka.. MasyaAllah memang kita berada di dunia akhir zaman.. kat surau tadi 1 saf pn xpenuh, tapi kat dewan terbuka ada hampir 3x ganda manusia dr kt surau.. hehe apa nak jadi ngan bakal pendidik kita ngan yang dah jd pendidik ni..

   Cuba kita fikir lagi, kat surau tadi 2 siap ada makan free lagi, x ramai pn yang datang.. Tapi kt dwn terbuka ada gak mknn tapi kena beli, aku tengok laku je.. hehehe bukan aku nak suruh korang g surau utk makan tapi korang pk la baik2, ganjaran dunia pun xnk apatah lagi ganjaran akhirat..

   Aku sebenarnya bukan nak berceramah, yela aku bukanya baik sangat tapi sekadar mengingatkan utk diri aku sekali.. Apabila kita jadi pemimpin satu hari nanti, ingatlah kita pimpin manusia bukanya benda yang x hidup.. jadi kalau betul didikan kita maka betul la dorang, tapi kalau bengkok nya didikan kita maka rosak la dorang.. share kita ada dalam perbuatan anak didik kita nanti, baik amalan dorang maka tinggi la saham kita di 'sana' nanti tp kalau sebaliknya.....?

   Fikir lah wahai pemimpin semua, bukan sukar untuk mewujudkan suasana islamiyah di kampus ini.. kalau kena dengan gaya, xmustahil anak didik kita nanti bukan sahaja boleh berbicara tentang hal fitrah tapi juga hal syariat.. betapa bangga nya kita jika kita tgk anak didik kita jadi macam tu daripada......( xnak sebut lah)..

   Maaf di atas segala kekasaran bahasa yang memang telah disengajakan, ini hanyalah sekadar bingkisan rasa seorang bakal pendidik yang akan menjadi pemimpin satu masa nanti...Insyaallah

sila bagi komen jika ada sebarang cadangan @ bantahan...cincow~ 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...