Followers

Friday, May 7, 2010

Pesta Konvo : adakah ia terlepas pandang?

    Assalamualaikum wbt..alhamdulillah ada lagi kesempatan untuk aku menulis di sini walaupun setelah agak lama menghilang, bukan sebab suka-suka menghilang tapi kerana terlalu sibuk menyiapkan tugasan dunia yang aku kira sebagai salah satu tuntutan sebagai bakal guru.

   Mengenai tajuk post aku pada malam ini iaitu pasal pesta konvo.. hurm, bagi aku ia satu percubaan yang agak baru cuba diketengahkan pihak pengurusan kepada guru pelatih.. memang bagus usaha ini kerana kampus kita da dinaiktaraf kepada IPG, so bila ada konvokesyen mesti la ada pestanya..ye x? hahaha

   Tapi sebelum kita rasa bangga dengan usaha yang telah kita lakukan, aku nak ajak semua pembaca berfikir sejenak apa yang tertinggal dalam pesta konvo pada kali ini?.. cuba kita teliti, pesta ini bermula pada hari ini 6 Mei 2010 hingga esok 7 Mei 2010.. banyak aktiviti yang telah dijalankan sejak dari petang tadi bermula dengan futsal dari pukul 3 sampai maghrib. Malam ni pulak lepas isyak pukul 9 ada pertandingan karaoke.. hari jumaat iaitu hari konvo lagi la banyak aktiviti bermula dari pagi sampai petang.. fuhh memang meriah la kiranya kan...hahaha

   Agaknya korang dapat agak x apa kekurangan yang terdapat dalam pesta konvo kali ni?

   Sape yang boleh agak dengan betul memang bagus la, xpe aku bagitau jela.. tapi apa yang aku nak bagitau ni jangan ada yang kecik ati lak, kan xpasal2 aku msk 'court' nanti sebab mempersoalkan peranan sesetengah pihak..

   Sebenarnya, pengisian rohani xde..sumenya bersifat fitrah semata-mata, mana yang bersifat syariat? aku sebenarnya agak keliru bila tengok tentatif program dalam pesta konvo ni.. start men futsal pukul 3 petang sampai maghrib, kenapa tidak diletak dalam tentatif tentang aktiviti yang perlu dibuat di surau dari waktu maghrib sampai waktu isyak? adakah pihak yang berkenaan menganggap perkara sebegini agak tidak penting ataupun sekadar buat2 x nampak je? Yang tu kena tanya diri masing-masing2 la.

   Nak aku sambung lagi? pukul 9 boleh pulak buat aktiviti karaoke kat dewan terbuka tu.. aku xtau la camne nak cakap, mana sensitiviti kita sebagai orang islam? mlm jumaat lak 2..orang kafir yang lain pun boleh tergelak la tengok kita ramai-ramai g nyanyi n sokong benda alah tu... mana tak nye, penganjur islam, peserta pn islam..cmne ni?

   Ok la, aku cuba bandingkan keadaan kat surau waktu magrib tadi ngn kat dwn terbuka.. MasyaAllah memang kita berada di dunia akhir zaman.. kat surau tadi 1 saf pn xpenuh, tapi kat dewan terbuka ada hampir 3x ganda manusia dr kt surau.. hehe apa nak jadi ngan bakal pendidik kita ngan yang dah jd pendidik ni..

   Cuba kita fikir lagi, kat surau tadi 2 siap ada makan free lagi, x ramai pn yang datang.. Tapi kt dwn terbuka ada gak mknn tapi kena beli, aku tengok laku je.. hehehe bukan aku nak suruh korang g surau utk makan tapi korang pk la baik2, ganjaran dunia pun xnk apatah lagi ganjaran akhirat..

   Aku sebenarnya bukan nak berceramah, yela aku bukanya baik sangat tapi sekadar mengingatkan utk diri aku sekali.. Apabila kita jadi pemimpin satu hari nanti, ingatlah kita pimpin manusia bukanya benda yang x hidup.. jadi kalau betul didikan kita maka betul la dorang, tapi kalau bengkok nya didikan kita maka rosak la dorang.. share kita ada dalam perbuatan anak didik kita nanti, baik amalan dorang maka tinggi la saham kita di 'sana' nanti tp kalau sebaliknya.....?

   Fikir lah wahai pemimpin semua, bukan sukar untuk mewujudkan suasana islamiyah di kampus ini.. kalau kena dengan gaya, xmustahil anak didik kita nanti bukan sahaja boleh berbicara tentang hal fitrah tapi juga hal syariat.. betapa bangga nya kita jika kita tgk anak didik kita jadi macam tu daripada......( xnak sebut lah)..

   Maaf di atas segala kekasaran bahasa yang memang telah disengajakan, ini hanyalah sekadar bingkisan rasa seorang bakal pendidik yang akan menjadi pemimpin satu masa nanti...Insyaallah

sila bagi komen jika ada sebarang cadangan @ bantahan...cincow~ 

2 comments:

  1. sama-sama berubah ke arah kebaikan:)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..xlama lg nk kawen,
    bnda ni y perlu diterapkan kepada anak2 kita..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...