Followers

Wednesday, June 15, 2011

Misi Menawan Kebun Abah : Day 2 (siap jugak)

                Salam, Alhamdulillah hari ni pagi-pagi lagi aku da ikut abah gi kebun… Hehe, melangsaikan apa yang belum siap… Ikut hati memang malas nak bangun pagi tapi tula, nanti kan xsiap lak…. So terpaksalah korbankan tdo pagi ni untuk siapkan kerja…

                Alhamdulillah selepas 3 jam memotong rumput akhirnya siap jugak kerja aku… Lega beb, nasib bek steady je walaupun badan da lenguh-lenguh.. Korang tengok jela pic yang sempat aku amik masa nga rehat tadi, xlarat da nak menaip.. Lenguh habis seluruh jiwa raga ni.. Huhuuu
Photobucket
Tekun bak
Photobucket
Rehat Sebentar


Photobucket
Pokok Durian sayur
Photobucket
Pokok Pisang
Photobucket
Kat hujung tu ada serai :)
Photobucket
Mandur a.k.a Abahku :)

Sunday, June 12, 2011

Misi Menawan Kebun Abah : Day 1

                Salam…uish,gempak giler tajuk, hahaha.. Hari ni aku disuruh untuk membersihkan kebun abah dengan menggunakan mesin rumput, amboi mentang-mentang la aku rajin..kui3… Kebun pisang ni xde la besar sangat tapi boleh tahan jugak la penatnya…


                Hari ni aku hanya berjaya buat suku je dari keseluruhan kebun ni, insyaAllah sebelum balik JB aku akan habiskan.. Korang tengok jela lagak aku yang bajet bagus ni…hahaha

Photobucket
Sebelum Operasi

Photobucket
Selepas Operasi

Photobucket
Operasi Pakai Baju Kemeja :p

Saturday, June 11, 2011

Bila Cikgu Mesin Rumput

                Salam, kat bawah adalah gambar-gambar aku masa mesin rumput keliling rumah.. Fuhh da lama rupanya aku tak pegang mesin ni, lenguh gile tangan.. Sampai aku nak minum air pun menggigil, huhu penangan si mesin rumput..

                Tak banyak aku nak mengomel kali ni, tapi besh gak bile tengok hasil yang telah aku usahakan.. 8least cuti aku kali ni tak sia-sia.. Walaupun pagi bangun lambat, tapi petang still kuar kan peluh… Satu pengalaman yang tidak akan dapat daripada buku teks, hanya praktikal yang mengajar kita tentang penggunaannya.. Sampai terseliuh tangan aku kendalikan benda alah ni…. Terbaek!!!

PhotobucketPhotobucketPhotobucket









Photobucket



Friday, June 10, 2011

Hari Ibu Bapa

            Entah kenapa petang ni, pukul 4.17 pm (9/6/11) aku terpanggil untuk menulis perihal kedua ibu bapaku… Hari ibu yang baru saja berlalu dan hari bapa yang akan kunjung tiba membuatkan hati aku begitu sayu. Mana tidaknya, sedar tak sedar usia kedua orang tuaku telah mencecah angka 63 tahun, satu angka yang cukup matang bagi setiap manusia.

Photobucket            Baru pagi tadi aku perasan apabila melihat wajah kedua orang tuaku, kedut-kedut di balik wajah mereka menampakkan garis-garis tua yang aku tidak tahu berapa lama lagi masa untuk aku bermanja dengan mereka. Dengan cuti yang hanya berbaki seminggu lagi, aku rasakan bahawa cuti kali ini sungguh singkat. Aku tak tahu kenapa, aku rasakan bahawa cuti kali ini sungguh bermakna dalam hidupku dan sayang untuk dilepaskan.

            Bila aku terkenangkan kembali sejak dari kecil sampai sekarang, aku rasakan bahawa akulah anak yang paling dimanjakan mereka dan yang paling mendapat kemewahan kasih sayang. Alhamdulillah, berkat doa kedua ibu bapaku tahun ini adalah tahun terakhir aku berada di IPGKTI. Bermula tahun depan (2012), adalah masa untuk aku membalas balik jasa kedua orang tuaku. Semoga mereka sempat merasa hasil penat lelah yang mereka tanggung selama ini.

            Mama (Zaliha @ Rahimah Bt Chik) adalah seorang yang tabah dalam menghadapi liku hidup. Setelah 5 tahun diserang strok, mama bangkit semula melalui hari-hari yang penuh cabaran. Aku memang respek mama kerana dengan sebelah tangan, dia mampu melakukan kerja rumah tanpa mengeluh. Suara dan masakan mama memang sentiasa aku rindukan dikala kejauhan. Kadang-kadang aku rasakan begitu sebak bila saat menatap wajah cantik ini, mana tidaknya bila dia sering kali menyatakan takut tak sempat untuk melihat aku berjaya. Mama, InsyaAllah anakmu ini akan membalas segala jasa yang pernah mama curahkan..

            Abah (Zakaria Bin Man) seorang bekas polis yang masih lagi aktif di usia emasnya. Setiap pagi abah akan ke kebun dan sebelah petang pula akan berkebun di sekitar rumah. Sesekali abah akan turun memukat ikan membuatkan hari-hari selepas pencennya tidak terbuang begitu sahaja. Wajah abah memang meninggalkan seribu erti buat diriku. Wajah inilah dulunya membulatkan mata merah menyala menahan marah jika aku membuat salah. Kata-katanya hanyalah sedikit sahaja tapi maknanya seribu. Sesekali aku melihat urat disekeliling lengannya, aku berasa gerun kerana itu adalah petanda abah sudah tua walaupun masih tegap. Dulu aku begitu takut hendak bercakap dengan abah tetapi hari ini aku adalah kawan baiknya. Jika bersembang, kami ibarat seperti adik beradik kerana boleh bergurau senda dan berkongsi cerita. Aku harapkan dapat mengekalkan keadaan seperti ini sampai bila-bila.

            Dikesempatan yang diberikan, anakmu (Shamsul Khairi Bin Zakaria) ingin memohon sejuta ampun dan maaf jika selama ini ada membuatkan abah dan mama terguris hati dengan sikap dan perlakuan yang anakmu tunjukkan. Semoga kasih sayang keluarga kita akan berkekalan selama-lamanya… selamat hari ibu dan selamat hari bapa.. setiap yang datang mesti ada yang pergi dan kita tidak mengetahui siapa yang akan pergi dahulu. Semoga kita sentiasa di dalam rahmat Yang Maha Esa.
   
~ Jazakallahu khairan.

Thursday, June 9, 2011

Tribute to Ayahanda Sasman....

   Salam..hurm da lama rasanya aku x menjengah kt blog aku ni...Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk aku menulis semula..x lewat rasanya kalau aku nk buat tribute kepada Tuan Hj Sasman yang dah berpindah.. sedih rasanya bila kehilangan seorang yang begitu berani dan gigih dalam memberi sumbangan bakti dalam bidang pendidikan di negara kita..

   Banyak kenangan bersama beliau yang tidak dapat aku lupakan sepanjang beliau berada di kampus ni... 1st time aku jumpa beliau, pedih telinga aku dengar bila die mengatakan Biro Penerbitan pemalas, xtau buat kerja, lambat dan sebagainya... Sape yang x sedih bila dihina macam tu, tapi detik 2 rupanya menjadi satu detik pencetus semangat dan tanda bahawa kami akan rapat serta bekerjasama dengan cara yang luar biasa..
   Hahaha, bekerjasama dengan cara yang luar biasa?? ya, itulah kami.. Apa yang orang fikirkan gila, itulah yang kami buat.. beliau adalah pencetus semangat juang kami semua.. aku bangkit dari kosong sehingga sekarang dalam bidang penerbitan adalah 60% datang dari die dengan izin Allah. Banyak tunjuk ajar yang die curahkan xkira la yang formal mahupun tidak formal...

   Tak pernah aku jumpa seorang yang berpangkat tinggi seperti die yang sanggup bersengkang mata bersama menyiapkan majalah sampai pukul 3 4 pagi.. Pergi cari lah kat mana-mana pun, memang takkan jumpa.. Yang banyak kita jumpa adalah yang kaki bodek dan suka mengampu.. yang 2 paling banyak, cakap pandai tapi haprak pun tadak..

  Ceeh emo lak kan, hahaha... Teringat aku masa kami bergaduh semasa dalam proses menyiapkan majalah, sampai boleh meninggikan suara dan berdebat nak pertahankan hujah masing-masing.. Bila teringat kelakar lak, mana tak nya aku bergaduh ngan Timb. Pengarah kot...Tapi tulah sebenarnya yang merapatkan kami.. Masing-masing sudah faham cara kerja masing-masing.. Kalau boleh aku nak ni benda berlaku lagi, tapi tu adalah kenangan bersama beliau..

    Satu lagi perkara yang aku tak boleh lupa adalah bila saat kertas kerja kami dibatalkan di saat akhir.. Kami bercakap dalam telefon dalam nada yang begitu sedih.. beliau sendiri yang katakan bahawa xnak teruskan, tapi dengan semangat dan ilmu yang pernah aku belajar, aku merayu untuk sudahkan juga majalah dan beliau terima dan sanggup berdepan ngan orang atasan untuk bantu kami...korang paham la camane kita punya pengurusan kan..xyah la aku cite kat cni.. Tapi pendek kata jika ayahanda takde, maka senang lah kami sume di ayam2kan cm KFC 2....

   Da banyak rasanya aku mengomel ni..n kalau nak cite, boleh jadi novel.. tapi setakat ni je la dulu, nanti sebak sangat lak rasa.. Apapun aku doakan ayahanda akan terus berjaya dan x lupakan kami di sini.. Semangat yang beliau tinggalkan tidak akan pudar dan akan diteruskan oleh kami semua... Kenangan bersama ayahanda adalah sesuatu yang amat berharga dan xternilai harganya... sukses untuk ayahanda....

Photobucket* harapan aku agar aku dapat menjadi seorang yang gigih dan tidak takut mempertahankan kebenaran di masa hadapan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...