Followers

Monday, December 6, 2010

Kerja Kuat TeEd's Crew selama 12 Hari....

    Assalamualaikum wbt....fuhhh cam 12 hari mencari cinta lak tajuk.... Mana taknya, usaha TeEd's crew akhirnya menampakkan hasil yang aku boleh anggap sebagai terbaik selama 4 tahun aku libatkan diri dalam dunia penerbitan di kampus ni...

Photobucket

   Bermula dari ajk biasa selama 2 tahun, tahun ke-3 sebagai ketua editor dan tahun ini yang terakhir sebagai ketua sidang redaksi... Banyak perubahan yang telah aku lalui dan rasai sendiri sebagai satu evolusi yang telah merubah hidup aku daripada seorang yang tak pernah tahu tentang penerbitan kepada seorang yang boleh memimpin satu organisasi kecil sidang redaksi... Selama 12 hari ini tempat aku hanya di HEP & PKP, makan minum solat semua di sini... Bahkan tidur pun di sini, bagi aku usaha lebih tak mengapa asalkan hasil terbaik dapat dicapai....
Photobucket
   Alhamdulillah, segala yang kami usahakan telah mula menampakkan hasilnya.. Esok kami akan membentangkan hasil kerja kami di hadapan Pengarah IPG-KTI dan beberapa orang pensyarah.. Diharapkan apa yang kami usahakan selama ini membuahkan satu hasil yang boleh dibanggakan semua pihak... Kepada semua, tolonglah doakan kami berjaya dan harapnya majalah kali ini adalah yang terbaik sepanjang 40 tahun edisi Semaian Subur sebelum ini.... 
Photobucket

p/s: Gambar yang ditayangkan semasa kami melepaskan tension di depan HEP, menunjukkan kami tidak takut membuat bising depan hep.... hehe, sj test power....(En B jangan marah ek);p


Sunday, October 17, 2010

Kenyataan kehidupan...

   Dalam hidup ni, kita x boleh nk salahkan sume orang n sume orang xleh nk salahkan kita.. kadang-kadang kita xtau apa yang membuatkan orang x puas hati dengan kita.. Kalau difikirkan sangat boleh mnejadi gila kepala otak..

   Pada pandangan aku, biarlah orang nak fikir apa pun janji kita ikhlas dalam apa jua perbuatan.. Mungkin fikiran orang tak sama seperti yang kita fikir.. Biarlah, kalau kita betul InsyaAllah satu hari nanti tuhan akan tunjukkan jugak...

   Biasanya orang akan pandang kita dengan pandangan yang menjengkelkan, tapi jangan lah kita melawan.. Kalau kita dipulaukan sekali pun, anggap lah ia satu dugaan dan ujian buat kita.. Mungkin juga ada salah yang kita buat tanpa kita sedari.. Kalau kita menyedari maka ubahlah tapi kalau kita rasa kita yag betul, maka cubalah bertahan dan tawakkal dengan ketentuanNya...

   Dalam dunia ni, tuhan dah ciptakan bermacam ragam manusia.. kadang-kadang mereka yang terlampau terikut-ikut dengan sogokan rakan akan terus hanyut.. Perkara ini memang suatu yang series dan menjadi barah dalam hati...

   Sebagai manusia, fikirkanlah suatu antibodi yang terbaik dalam menjaga kerukunan persahabatan dan perhubungan.. Supaya ukhwah islamiah akan terus subur dalam jiwa setiap yang bernyawa.. Be da best to be a good person..

Wednesday, October 13, 2010

Apa Itu Kenikmatan............




Photobucket
   Aku mencuba untuk menghisab diri ini... Aku rasakan diriku terlalu takut untuk menempuh dugaan ini.. Aku risauakn andainya aku pergi dulu sebelum sempat ku bertaubat... Banyak kenikmatan yang telahku sia-siakan, apa pintu itu masih terbuka buat diriku???


   Aku percaya tuhan itu maha Esa dan Pengampun buat seluruh umatnya, Alhamdulillah indahnya hidup ini bila dilahirkan sebagai seorang muslim... Aku dibesarkan dengan cara Islam, cara yang terbaik dalam hidupku dimana aku belajar menjadi seorang manusia yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan...

   Harapanku pada masa depan agar aku dapat menabur bakti dan kudrat demi memacu Islam menjadi agama agung di muka bumi ini.... Aku mahu membantu yang susah untuk sama-sama merasai kesenangan setara... Harapan dihatiku, semoga aku dapat menolong anak-anak yatim yang kekurangan kasih sayang keluarga agar mereka dapat mengecapi bahagia sama seperti insan yang lain...

   Aku berharap sangat agar dipermudahkan aku jalan untuk sama-sama berkongsi kasih dengan mereka semua.. Aku mahukan nasib mereka terbela dan seterusnya menguatkan semangat mereka untuk terus bangun menempuh setiap dugaan yang menimpa...

   Terima kasih buat ibu bapaku kerana kelahiranku di dunia ini, indahnya kenangan bersama mereka.. Inilah azimat berharga dalam hidupku, yang selalu aku gunakan dalam menmpuh hidup yang penuh dengan liku kehidupan ini...... Aku berharap segala apa yang berlaku adalah satu hikmah yang terbaik buat semua, tiada yang lebih indah bilamana semua dapat merasakannya.. Namun tidak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan, sebaliknya berusahalah untuk mencapai yang terbaik demi kesenangan semua...





Thursday, September 23, 2010

Salam Lebaran -Eid Mubarak untuk semua

   Alhamdulillah setelah lama menyepi akhirnya aku kembali menulis..tidak terlambat sekiranya untuk aku menyucapakan selamat hari raya aidilfitri buat semua umat islam di dunia ini...rasanya da masuk minggu kedua dalam bulan syawal la kan..

   Apa yang aku ingin ketengahkan??? mestila pasal raya, ini kerana sebagai anak perantau,  banyak yang aku belajar tentang raya di kampung dan di perantauan... Aku akan kupas mengikut pandangan aku dan seterusnya pandangan masyarakat di sekeliling..

   Pertama sekali adalah beraya di kampung.. Mestilah raya kat kampung lagi meriah kan?? di Terengganu misalnya, malam raya 2 macam kat medan perang. Bunyi mercun sana-sini, memang besh sangat.. Pada pagi raya lak, keadaan sunyi sangat.. mungkin semua sedang menikmati kenikmatan pagi syawal sebelum sembahyang raya.. Selepas sesi air mata bersama family, bermulalah raya bagi kami semua.. biasanya raya pertama ngan kedua adalah untuk family sahaja, hari yang seterusnya barulah untuk teman-teman...tapi raya kt kampung xla lama sangat, paling lama pun dalam 4 hari je.... pas 2 sume da wat hal masing-masing.. Tapi ada yang istimewa pada raya ke-enam(raya 6)... Orang kampung akan bangun pagi, pas subuh semua akan berkunjung ke kubur, menziarahi mereka yang telah pergi..selepas itu balik ke rumah dan makan-makan... stop sampai c2 lu..

   Ok berbalik kepada raya di Johor lak.. aku rasakan xla meriah sangat berbanding kampung kerana suasana yang kurang menusuk kalbu sangat...hahaha... yela duduk tengah-tengah bandaraya kan.. Tapi apa yang membuatkan aku suka beraya kat sini adalah waktu raya yang panjang iaitu sebulan penuh.. Seronok aku berjalan raya dari rumah ke rumah..huishh memang besh bak la orang johor cakap.. Cuba pembaca bayangkan ek, setiap kali aku g beraya kat cini rasa cam raya pertama.. mana taknya, makanan memang banyak, memang menambahkan lagi lemak kt badan aku...Memang betul la, orang jawa memang bagus kalau bab melayan tetamu.. Aku bagi fullmark la(hehe bodek bakal mertua), sebab dorang akan layan tetamu macam family sendiri, dorang akan masak sebanyak yang boleh supaya tetamu berasa puas dengan layanan yang diberi..

   Huhu panjang lak coretan aku, tapi 2la yang serba sedikait dapat aku kupaskan kali ni.. Sebenarnya banyak lagi yang ingin aku tulis tapi x cukup masa.. Memang besh bak la kan, kata orang lain tempat lain caranya.. Apapun aku bersyukur dapat belajar kat Johor ni sebab banyak benda yang aku pelajari... Mana tau kan kalau 1 ari nanti aku jadi orang Johor lak..hehehe..

Thursday, August 19, 2010

Dia Yang Lebih Mengerti Diri Sendiri

   Teruskan apa yang diingini..orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa.. Jadi jika merasakan kawalan itu menyekat kebebasan, maka teruskanlah apa yang dimahukan..

   Cuma apa yang perlu diketahui, apa yang diimpikan sukar untuk menjadi kenyataan.. menyekat kemahuan bukan bermakna mengongkong kehidupan tapi lebih kepada menjaga maruah diri kedua-dua belah pihak.. Namun jika itu yang dirasakan menyekat kebebasan, teruskan apa yang diingini.. x semua kemahuan sahabat boleh kita ikut, kadangkala kata pasangan kita yang lebih penting.. Dia yang lebih mengenali kita daripada orang lain... Masa depan kita bersama siapa? pasangan ataupun rakan?

   Fikirkanlah untuk kebaikan bersama.. Masih jauh hidup perlu ditempuhi bersama, jika sukar untuk mendengar maka akan sukar juagalah kehidupan di hari muka kelak... Ingat jugalah pengalaman sebelum ini.. Betapa sukar untuk kita bertaut, berapa lama kita terpaksa memendam rasa?..tetapi oleh kerana sesuatu yang baru seseorang boleh melupakan pengalaman lalu.. Teruskan apa yang dihajatkan dihati.. Jika terjadi sesuatu dalam sesuatu perhubungan, anggaplah ia sebagai takdir.. pertahankan semampu boleh..Ingat perkataan what u give, u get back.........

Monday, August 16, 2010

Gambar x edit

  Gambar-gambar ni aku amik masa g camping kt UTM.. Memang aku x edit sebab nk bagi nampak natural, aku just tambah aku punye tm je....aku harap dapat improve lagi pada masa akan datang...


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Sunday, August 15, 2010

Keheningan Ramadhan

Photobucket

   Alhamdulillah..sudah masuk 5 hari kita umat islam seluruh dunia menyambut kedatangan ramadhan yang mulia..syukur ke hadrat Illahi kerana puasa kali ni aku sempat mencium tangan abah dan mama..Puasa ini aku anggap begitu bermakna sekali kerana dapat meluangkan masa walaupun sekejap untuk balik berjumpa keluarga.

   Perjalanan yang jauh aku rasakan begitu sekejap kerana perasaan membuak-buak ingin pulang ke kampung.. Aku sampai di rumah pukul 3 petang, buka puasa dan pukul 11mlm aku balik semula ke JB.. Mungkin orang anggap gila tetapi Alhamdulillah berkat niat yang baik ingin berjumpa keluarga tersayang aku akhirnya selamat pergi dan balik..save journey.. =)


   Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua warga IPG-KTI, SKTTA(1), Keluarga Hj Zakaria(bapak aku) dan Seluruh muslimin dan muslimat di dunia ini.. Jadikan setiap perlakuan yang kita buat adalah amalan kita.. Sayonara 


~cincow.......

 

Sunday, July 18, 2010

Bagaimana nak hilangkan rasa sedih?

   Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah hari ini aku berasa terpanggil untuk menulis berkenaan dengan kesedihan dan kebahagiaan.. Kalau kita boleh terjemahkan keduanya, maka kita akan dapat merungkaikan satu persoalan di mana keduanya mempunyai hubungkait yang saling bergantung antara satu sama lain..

   Ibarat kalau xde angin, masakan pokok bergoyang..begitulah juga halnya dengan sesebuah perhubungan.. Kadang-kadang kita mengharapkan sesuatu dari pasangan kita tetapi dia tidak dapat menunaikannya.. Anggaplah bahawa dia masih lagi dalam peringkat belajar mengenali dan memahami kita... Jadi janganlah cepat kita menghukumnya, kerana ini akan lebih mengeruhkan kedaan..

   Mungkin juga dia memerlukan lebih banyak masa dan perhatian dari kita, jadi cubalah untuk saling memahami jika kedua pasangan tersebut mahu terus membina hubungan yang panjang sampai bila2... Jauh di sudut hati setiap pasangan adalah mahukan yang terbaik dalam hidup mereka, maka cubalah tunaikan selagi ia tidak membawa mudharat dalam hidup anda. 

   Kesimpulannya, sifat saling bertolak ansur dan mahukan yang terbaik untuk pasangan masing-masing perlu dipupuk agar rasa tanggungjawab itu terus melekat dalam diri masing-masing... Ingatlah tidak semua yang kita mahukan akan ditunaikan, tetapi sebaik mungkin, semampu boleh cubalah untuk tidak saling melukai... Tiada guna kita bergelak tawa jika yang sebelah lagi menangis tidak berlagu... 

Renung-renungkan dan selamat beramal......

cincow~

Tuesday, July 6, 2010

Merindui kedua orang tuaku


Photobucket



   Assalamualaikum wbt.. sudah 2 minggu aku pulang ke kampus dan sudah 2 minggu juga la aku sibuk dengan praktikum... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun agak sedikit kelam kabut... Dalam kesibukan membuat lesson plan, sebenarnya jauh di sudut hati aku teringat kat kampung... 

   Mana tidaknya, aku rindu dengan kelibat abah dan mama.. kalau di kampus, waktu pagi aku kena bangun sendiri, tapi kalau di rumah mesti mama yang kejutkan.. walaupun aku ni jenis yang liat untuk bangun pagi tapi aku rindu suara mama menjerit-menjerit memanggil nama aku supaya aku bangun solat subuh.. kat sini semua aku kena urus sendiri, lambat bangun maka lambatlah aku pergi sekolah...

   Begitu juga dengan abah, reaksi spontan abah selalu wat aku terkenang.. walaupun x banyak cakap tapi nada suara inilah yang pernah membuat aku rasa gerun pada masa dulu... Lagak abah yang sentiasa tenang dan 'cool' dalam apa jua keadaan aku jadikan azimat dan bekalan yang berharga apabila aku tiba di sini..

   Abah dan mama, anakmu sentiasa merindukan suasana kampung yang tenang dan damai... InsyaAllah jika dipanjangkan umur kita akan bersua lagi... sayang anakmu untukmu berdua sepanjang hayat..
cincow~

Tuesday, June 22, 2010

Perkelahian atau Perbezaan??

     Assalamualaikum wbt..da lm rasanya ak x update blog ni..huhuu cbuk ngn hdp kt kg,hahaha...ok la nk ckp pe ek?? Apakata kalau kita bercakap tentang perbezaan fikiran sesama kita.... 

   Susahnya orang nak faham apa yang kita fikir kan?? kadang-kadang apa yang kita anggap positif tu sebenarnya orang anggap negatif dan sebaliknya..agak susah untuk kita mengawal hidup seseorang sedangkan sendiri pun bukanya sempurna sangat...

Photobucket   Sebenarnya dalam jiwa manusia terdapat satu bisikan yang berbeza-beza, dan sebab itulah kita sesama manusia susah untuk memahami antara satu sama lain walaupun kita berada pada situasi yang sama...ini adalah satu keunikan yang Allah berikan kepada kita semua untuk kita mengerti betapa bernilainya kehidupan yang dikurniakan..

   Ok la kita terus pergi kepada skop yang lebih kecil iaitu hidup berpasangan a.k.a couple...sebenarnya melalui pengalaman sendiri dan yang pernah aku tengok,biasanya setiap pasangan akan bergaduh paling kurang 2 hari sekali,ad jgk yang tiap2 hari..hehehe,kenapa ini semua boleh berlaku??

   Ini adalah kerana masing2 mahukan hak masing2 ditunaikan tapi diri sendiri tidak mahu menunaikan hak pasangan...jadi........

 "Untuk mengharmonikan lagi sesuatu hubungan, kita jangan tunggu pasangan kita tunaikan hak kita tetapi kita yang harus menjalankan peranan kita terlebih dahulu...bila kita tunaikan peranan kita maknanya hak pasangan kita akan tertunai, bila die rs hak die tertunai maka dengan sendirinya die akan jalankan peranannya dan seterusnya hak kita pula akan tertunai.."

   Jadi kesimpulanya di sini, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..kepada yang selalu bergaduh cuba lah amalkan petua ini, InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar..namun jika ada yang tidak berjaya, jangan putus asa kerana tiada hubungan yang tidak dilanda badai.. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pasangan yang baru setahun jagung...sekian

cincow~

Lawatan Muhibah Ibu & Ayah ke Besut: Bumi Rahmat

Tarikh : 11-14 Jun 2010
Tempat Menarik : 1. Pasar Kuala Besut
                            2. Pantai Bukit Keluang
                            3. Kuala Terengganu (kenduri)
                            4. Kolam Air Panas La, Besut
                            5. Kuala Krai (kenduri)
                            6. Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru




   Terima kasih kepada ibu dan ayah kerana sudi berkunjung cuit2 Malaysia di Besut...semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita...amin

Wednesday, May 26, 2010

Perlunya kita prihatin sesama muslim...

Situasi...

Ada seorang muallaf yang duduk di tepi masjid yang besar lagi indah, menagih simpati kepada setiap muslim yang melintasinya..alangkah sedih dan berjujuran air mata di pipi si muallaf itu apabila tak ramai yang sanggup menghulurkan bantuan walaupun sedikit...syahdunya kalau sesama muslim pun kita berkira untuk memberi sedikit rezeki yang Allah limpahkan pada kita...
Photobucket
Setelah di survey...
  1. Muallaf itu adalah seorang india muslim yang baru memeluk islam..
  2. Tiada keluarga, hidup sebatang kara...tempat tinggal hanyalah kaki lima..
  3. Tiada kerja kerana ramai yang tidak mahu membantu...
  4. Menagih simpati hanya untuk sesuap nasi....
Renungkanlah....
  1. Sebagai seorang muslim yang hanya meminjam rezeki dari Nya, tergamakkah kita membiarkan saudara sesama agama kita merempat???
  2. Ingatlah, die memeluk islam kerana indahnya agama kita.. sempurnanya agama kita untuk seluruh umat manusia....janganlah kita yang menjadi pengahalang untuk dia terus mendekati agama kita..
  3. Si muallaf itu hanya seperti kain putih yang putih lagi bersih..bantulah die mencari jalan Allah agar kita turut sama mendapat redhaNya.. 
Kesimpulannya...
Sebagai muslim yang prihatin, tidak salah untuk kita mendekatinya... walaupun tidak dapat menghulurkan bantuan tapi sekadar berkongsi masalah dan memberi bimbingan, itu pun sudah cukup baik baginya.. Ingatlah wahai saudara seagama ku, kita hidup di dunia hanyalah sementara.. segala nikmat yang diberikan adalah salah satu pinjaman yang perlu dibayar melalui amalan kita..janganlah sombong untuk berkongsi nikmat itu kerana setiap perbuatan dan amalan kita di dunia ini adalah sebagai pelaburan kita di akhirat kelak...

Tuesday, May 18, 2010

Hiburan di Hari Guru: Adakah ini yang kita mahu tonjolkan pada anak didik kita?

   Assalamualaikum wbt..huhu cikgu menulis lagi di malam yang dah menganjak ke pagi ini.. semalam 17 mei 2010 telah berlangsung sambutan hari guru peringkat kampus.. alhamduillah semua aturcara yang dijalankan menampakkan kemeriahan sambutan ini.. tapi, memang ada tapi..huhuu..

   Pada pagi hari di padang memang terlalu meriah dengan cara sukan ragam, macam2 acara ada termasuklah memancing, explore run dsb.. semua hadirin nampak gembira dan terhibur dengan setiap aktiviti yang dijalankan.. apa yang aku nak sampaikan bukan pasal acara pagi tapi acara selepas rehat iaitu semasa di DST..

   Sebelum aku menempelak beberapa pihak, aku nak mohon maaf dulu la jika ada yang terasa.. semua teguran yang bakal aku buat ini adalah untuk pengajaran dan renungan kita bersama.. harap tidak ada yang cepat melenting dengan teguran yang menunjukkan kesalahan masing-masing..

   Bagus lah kalau kita adakan persembahan sebagai salah satu hiburan tapi biarlah berpada-pada kena dengan masa dan keadaan.. ni main tala je, ape kejadah nya semua ni??? aku pun da x faham tengok keadaan yang berlaku.. kenapa diaturkan aturcara yang sebegini?? dari awal persembahan semuanya melibatkan nyanyian.. kalau nyanyi lagu yang memberi motivasi kepada kita bakal guru xpelah jugak, tapi ni tah ape2...

   Kawan2ku, kita perlu ingat yang sambutan tadi adalah sambutan hari guru bukannya konsert yang menyajikan madah hiburan semata-mata.. aku amat terkejut dan sangat2 terkejut.. apa dah jadi dengan keadaan kampus kita??? mana adat temenggong yang kita banggakan selama ni??

   Setelah bersama-sama berkongsi pendapat dengan rakan-rakanku sebentar tadi, nampaknya semua tidak bersetuju dengan apa yang dijalankan pada sambutan tengah hari tadi.. korang semua tahu kan apa dah jadi semasa 'konsert' tu dijalakan kan? xperlulah aku tulis kat sini..

   Memang ada faktor lain yang menyebabkan kejadian tadi berlaku, tapi kita sebagai muslim haruslah sedar yang kejadian tadi adalah satu petanda dari Nya supaya kita semua beringat.. betul x?? sebenarnya aku tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, tetapi di sini aku ingin menegaskan skali lagi yang pemimpin memainkan faktor utama dalam sesuatu perkara..

  Kenapa banyak sangat pelajar kita pada hari ini disajikan dengan hiburan? MasyaAllah aku pun agak terkilan sebenarnya perkara seperti ini telah terlepas pandang dari pihak yang 'sepatutnya'.. bermula dari malam forte, karaoke mlm jumaat sempena pesta konvo, pas 2 'konsert' yang tadi memang hiburan semuanya.. 

   Bila keadaan sudah menjadi cmni baru kita nak beringat, berhati-hati lah jangan sampai bala pulak yang menimpa.. Ingatlah, kita cuba renung balik.. cuba kita balik kepada yang asal.. kita diciptakan unutk apa? apa yang perlu kita buat? apa yang ditegah dan apa yang dilarang?

   Berhibur itu tak salah, tapi biarlah ada batasnya, jangan sampai kita menjadi tidak diredhai.. renungkan balik  apa yang telah tersilap, adakah silap meranacang ataupun silap melaksana..jangan cepat melenting sebab amarah itu kunci utama syaitan untuk menyesatkan kita..

   Aku mintak maaf jika ada yang terasa, tapi kita kena sedar sebab kita adalah arkitek masa depan negara.. salah acuan kita, maka rosaklah pembinaan negara kita.. setiap yang kita lakukan akan disoal kemudian nanti, sama-samalah kita muhasabah diri..

Ingat, tugas kita berat bukan setakat tanggungjawab dunia tetapi juga tanggungjawab untuk ke 'sana'..

Renungkanlah wahai bakal pendidik dan yang dah jadi pendidik semua...cincow~

Sunday, May 16, 2010

Pengorbananmu Guru!!


celik mataku menghadapmu

pejam mataku mengingatimu
engkau sentiasa bersamaku 
dikala aku memerlukanmu

cikgu..
ungkapan keramat zaman berzaman
meniti di bibir setiap anak bangsa
tidak kira miskin ataupun kaya
semuanya dahagakan ajarmu

cikgu..
tawamu terkandung seribu makna
tangismu jua penuh ertinya
demi mendidik bangsa tercinta
kau rela bekorban segalanya

cikgu..
jauh kau merantau menyampai sugunung ilmu
mencurah bakti menabur kudrat
jiwamu tiada lain hanyalah satu
demi melihat kejayaan pewaris bangsa

cikgu..
di mana jua kau kembara
di hujung pedalaman Sabah dan Sarawak
jauh dari hiruk-pikuk dunia luar
namun niatmu tak kan luntur dek kesusahan sementara

cikgu..
di sini kami bermula
sebagai insan lahir dari jasamu
menjadi manusia yang sebenar-benarnya
yang mampu menggegar dunia

terima kasih untuk segalanya
tanpamu ibarat tiada ilmu
kami berjaya dengan restumu
sebagai insan kamil di alam ciptaan-Nya..

Photobucket
Terima kasih buat semua guru yang telah banyak berjasa kepada kami dari dahulu hingga sekarang.. semoaga segala pengorbananmu guru mendapat redha Illahi..
InsyaAllah~

Tuesday, May 11, 2010

I wanna rest

   As many things happened to me trough the week, then i decided to stop writing for a while to give a space to me for a rest.. I'm really tired and want to do something new.. i want refreshing my life..


   Any messages, just leave it here.. i will reply as soon as i recover...


I'll be back soon...cincow~

thanks for everything

 

Saturday, May 8, 2010

Merindui hobi yang aku sayang.....miss it


Photobucket


   Assalamuaikum n salam 1Malaysia..agak-agaknye korang, ape lah agaknye hobi y aku sayang ni kan...hehehe...xlen dan x bukan adalah berhandycam, maknenye jd kamera man la...

   Sekarang aku dah xde benda alah 2, da kena antar balik sebab aku da x jadi jpp.. sedey gak rs, sebab aku da jg die setahun..die macam da kenal aku, xpernah rosak dalam tangan aku.. apa2 aktiviti kampus sume aku yang handle, xde orang len yang boleh pegang.. banyak tempat da aku g dengan handycam ni, antaranye ke kursus jpp d PD n banyak tempat lg la..

   Sayang gak rasa, dengan handycam ni la aku bljr cara nk ambk video ngan betul.. pengalaman yang tidak dapat dibaca dalam buku, dengannya jugak la aku bereksperimen tentang shoot terbaik utk setiap event yang berlangsung.. walaupun agak old school, tapi die punye kualiti hampir sama ngan model yang ada kat pasaran skang...

   Harap2 ada la rezeki aku pada masa hadapan utk jadi beli handycam sebijik.. aku rindu sangat nk tengok ekspresi manusia melalui kanta handycam.. InsyaAllah banyak benda yang aku boleh dapat dari hobi yang aku sayang ni....

Miss it.....cincow~

Untuk Mama Tersayang

   Assalamualaikum wbt.. bersempena dengan hari ibu, 8 Mei 2010, cuba kita ungkap balik apa yang dah kita lakukan kepada ibu kita?? MasyaAllah banyak, tapi masih banyak yang kita belum lakukan tul x?.......

   Aku mengenal dunia kerana mama dan abah, aku mengenal siapa diri aku juga disebabkan mereka.. hari ini adalah hari ibu, tapi x bermakna ayah patut dilupakan.. Untuk perkongsian hari ini aku nak ceritakan tentang mama yang banyak bersusah payah dalam mendidik aku dari aku sebesar kelingking sehingga aku da jadi manusia.. banyak, memang terlalu banyak jasa mama kepadaku..

    Masa kecik mama la yang besarkan aku manakala abah sibuk mencari rezeki sebagai anggota polis yang selalu sibuk demi tugasnya, perbezaan umur dengan adik beradik yang lain menyebabkan aku lebih banyak keseorangan kt umah.. hanya mama yang yang menemani aku, dari aku kck, die banyak ajar aku menjadi manusia yang berguna.. bila aku tengah marah, die yang redakan kemarahan aku.. bila aku lapar nk makan sesuatu, die terus buat walaupun masa tu die sangat letih.. aku ingat lagi walaupun die tengah sakit, makan pakai kami sekeluarga x pernah die lupekan..

Saat mama diserang strok...
   Masih aku ingat pada pagi tu, mama diserang strok di depan mata aku masa kami sama-sama buat kerja di kantin sekolah.. masa tu aku br lps spm, aku ingat lagi dimana masa tu mama nak bangun ambik barang n tibe2 die panggil abah...aku tergamam xtau nk buat apa tp nasib baik abah cepat2 papah mama sebelum terjatuh.. seluruh badan mama jd lemah, aku cepat2 start enjin keta n bwk mama g hospital. gigil tangan aku masa drive, kak ida ngn aku x henti2 menangis tapi mama ckp jangan nangis die x pape pn.. dalam keadaan sakit die sempat pesan suruh aku bawak keta slow2, jangan panik, jangan gelabah, die sanggup tahan..

   Sampai di hospital, mama terus di bwk masuk ke emergency room.. aku tenangkan diri aku, call sume adk beradik yang dekat n jauh gtau mama kena strok mtk dorang sume balik... hari tu aku xleh nk buat pape, hanya mampu duduk termenung sebab aku takut, takut mama tinggalkan aku sebelum sempat tgk aku berjaya.. esoknya aku ada temudaga guru di ipsm, tp aku tekad xnak pergi sebab nk jaga mama kat hospital.. abah bagi nasihat suruh aku pergi sebab 2 mungkin rezeki masa depan aku, mama pun menyokong abah walaupun masa tu die tgh skt..

Hari temuduga
   Pagi sebelum g temuduga, aku g hospital dulu bagitau mama n mintak restu die.. aku sampai da lewat ke ipsm n memang aku x prepare pape pn, smpai2 je trs kena marah sebab datang lewat n penemuduga 2 xbagi aku amk insak.. aku x marah n terus duduk kt lua kelas, aku menung je xtau nk wtpe.. fkrn aku bercelaru, xtau pe yang perlu aku buat.. dalm 10mnt aku duduk, die panggil aku masuk n jwb soklan tp aku kena siap sama dengan kwn2 yang lain yang da lama jawab... waktu temuduga berkumpulan n individu, aku just cakap ape yang ada difikiran aku n yang len aku serah kepada yang Esa.. nasib baik die puji aku sebab die kata aku jujur n rendah diri..sebenarnya aku lost hari tu, cakap ikt rasa je..

Mama dihantar ke HUSM,KB
   Habis je temuduga, abah call yang mama kena antr ke HUSM n mitak aku blk segera.. sampai je kt umah aku terus kemas-kemas pakaian mama mana yang patut..petang tu jugak aku g kb n start ari tu hingga ke 2 minggu seterusnya, aku yang jaga mama.. makan, mandi, n sebagai nya ktorang sm2 uruskan.. disebabkan aku anak bongsu, mama nk aku taip2 ari ada kt sblh die... selama 2 minggu kt sana, aku da kenal sume nurse n doktor dalam wad tu.. dorang jugak lah yang bagi aku support n semangat supaya aku belajar bersungguh-sungguh..

Masuk matrikulasi
   Genap 2minggu mama kt hospital akhirnya dapt blk ke rumah jugak, abah mtk blk awal sebab esoknya aku perlu dafrtarkan diri untuk ke matriks.. sampai rumah pkul 7 malam, lepas je slt maghrib aku terus kua bli barang pape yang patut sebelum daftar esok..memang x rehat, kul 5 pagi aku, abang n abah gerak g kuantan.. sampai2 sana, rupanya banyak benda yang yang aku tertinggal.. hehe biasa la, last minute preparation..

Masa depan
   Masa kat matriks aku seronok sangat tapi 2la aku rindu gle kt mama, hmpir tiap2 hari aku cll tnya khabar.. masa ni jugak la aku fikir masa depan aku, klu aku terus kekal kt cni masa depan aku belum pasti.. n then lepas banyak mitak doa n pentunjuk, aku korbanakn niat untuk jd lawyer n aku akhrnya tekad nk masuk maktab jika aku dapat panggilan.. dalam fikiran aku masa tu x lain hanya lah nk tengok mama ngan abah hidup senang... walaupun orang kata jd cikgu gaji kecik, tp aku nk mama ngan abah sempat rasa hasil titik peluh aku.. aku nak dorang bahagia sebab dah lama dorang hidup susah besarkan kami  beradik..

Di IPG-KTI
   Alhamdulillah aku sampai cni dengan semangat baru, semangat yang aku rasa sebagai pengorbanan yang paling besar dalam hidup aku...membentuk diri sebagai seorang pendidik..untuk mama n abah, aku akan cuba sedaya upaya menjadi insan yang dapat gembirakan hati mereka... walaupun mama masih x berapa sihat n abah yang semakin hilang kudrat akibat dah berusia, mereka sentiasa dalam ingatan aku setiap masa...

Selamat hari mama n abah....jasamu dikenang sebagi azimat berguna dalam hati anakmu.........

Friday, May 7, 2010

Pesta Konvo : adakah ia terlepas pandang?

    Assalamualaikum wbt..alhamdulillah ada lagi kesempatan untuk aku menulis di sini walaupun setelah agak lama menghilang, bukan sebab suka-suka menghilang tapi kerana terlalu sibuk menyiapkan tugasan dunia yang aku kira sebagai salah satu tuntutan sebagai bakal guru.

   Mengenai tajuk post aku pada malam ini iaitu pasal pesta konvo.. hurm, bagi aku ia satu percubaan yang agak baru cuba diketengahkan pihak pengurusan kepada guru pelatih.. memang bagus usaha ini kerana kampus kita da dinaiktaraf kepada IPG, so bila ada konvokesyen mesti la ada pestanya..ye x? hahaha

   Tapi sebelum kita rasa bangga dengan usaha yang telah kita lakukan, aku nak ajak semua pembaca berfikir sejenak apa yang tertinggal dalam pesta konvo pada kali ini?.. cuba kita teliti, pesta ini bermula pada hari ini 6 Mei 2010 hingga esok 7 Mei 2010.. banyak aktiviti yang telah dijalankan sejak dari petang tadi bermula dengan futsal dari pukul 3 sampai maghrib. Malam ni pulak lepas isyak pukul 9 ada pertandingan karaoke.. hari jumaat iaitu hari konvo lagi la banyak aktiviti bermula dari pagi sampai petang.. fuhh memang meriah la kiranya kan...hahaha

   Agaknya korang dapat agak x apa kekurangan yang terdapat dalam pesta konvo kali ni?

   Sape yang boleh agak dengan betul memang bagus la, xpe aku bagitau jela.. tapi apa yang aku nak bagitau ni jangan ada yang kecik ati lak, kan xpasal2 aku msk 'court' nanti sebab mempersoalkan peranan sesetengah pihak..

   Sebenarnya, pengisian rohani xde..sumenya bersifat fitrah semata-mata, mana yang bersifat syariat? aku sebenarnya agak keliru bila tengok tentatif program dalam pesta konvo ni.. start men futsal pukul 3 petang sampai maghrib, kenapa tidak diletak dalam tentatif tentang aktiviti yang perlu dibuat di surau dari waktu maghrib sampai waktu isyak? adakah pihak yang berkenaan menganggap perkara sebegini agak tidak penting ataupun sekadar buat2 x nampak je? Yang tu kena tanya diri masing-masing2 la.

   Nak aku sambung lagi? pukul 9 boleh pulak buat aktiviti karaoke kat dewan terbuka tu.. aku xtau la camne nak cakap, mana sensitiviti kita sebagai orang islam? mlm jumaat lak 2..orang kafir yang lain pun boleh tergelak la tengok kita ramai-ramai g nyanyi n sokong benda alah tu... mana tak nye, penganjur islam, peserta pn islam..cmne ni?

   Ok la, aku cuba bandingkan keadaan kat surau waktu magrib tadi ngn kat dwn terbuka.. MasyaAllah memang kita berada di dunia akhir zaman.. kat surau tadi 1 saf pn xpenuh, tapi kat dewan terbuka ada hampir 3x ganda manusia dr kt surau.. hehe apa nak jadi ngan bakal pendidik kita ngan yang dah jd pendidik ni..

   Cuba kita fikir lagi, kat surau tadi 2 siap ada makan free lagi, x ramai pn yang datang.. Tapi kt dwn terbuka ada gak mknn tapi kena beli, aku tengok laku je.. hehehe bukan aku nak suruh korang g surau utk makan tapi korang pk la baik2, ganjaran dunia pun xnk apatah lagi ganjaran akhirat..

   Aku sebenarnya bukan nak berceramah, yela aku bukanya baik sangat tapi sekadar mengingatkan utk diri aku sekali.. Apabila kita jadi pemimpin satu hari nanti, ingatlah kita pimpin manusia bukanya benda yang x hidup.. jadi kalau betul didikan kita maka betul la dorang, tapi kalau bengkok nya didikan kita maka rosak la dorang.. share kita ada dalam perbuatan anak didik kita nanti, baik amalan dorang maka tinggi la saham kita di 'sana' nanti tp kalau sebaliknya.....?

   Fikir lah wahai pemimpin semua, bukan sukar untuk mewujudkan suasana islamiyah di kampus ini.. kalau kena dengan gaya, xmustahil anak didik kita nanti bukan sahaja boleh berbicara tentang hal fitrah tapi juga hal syariat.. betapa bangga nya kita jika kita tgk anak didik kita jadi macam tu daripada......( xnak sebut lah)..

   Maaf di atas segala kekasaran bahasa yang memang telah disengajakan, ini hanyalah sekadar bingkisan rasa seorang bakal pendidik yang akan menjadi pemimpin satu masa nanti...Insyaallah

sila bagi komen jika ada sebarang cadangan @ bantahan...cincow~ 

Saturday, April 24, 2010

Bila Perut Mula Berkeroncong, Hujan Pula Turun Selepas Mendung

   Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kekautan untuk meneruskan hidup unutk hari ini.. nak kata bangun awal 2 xla sangat, tapi sempat la bsh bj baju 2 baldi n kemas blk yang da agak lama aku x kemas.. sampai ke waktu zuhur jugak la dok mengemas blk ni..

   Siap je mandi ngan semayang zuhur, rancangnya nak kuar makan tapi tengok latop rasa nk layan fb jap.. tengah2 leka, ujan pn turun.. settle!!! sampy sekarang pukul 3.30 ptg ujan masih x berhenti.. perut  aku ni banyak kali da bagi isyarat mtk disuapkan.. sabar ek, sabar23x..

   Masa ni jugak la kepala aku rasa melayang-layang kepeningan ngan gastrik yang semakin menjadi-jadi..agak sakit jugak la, tapi ini lah yang dikatakan sebagai cobaan.. Aku cuba tahan, InsyaAllah xde pape.. Nak menulis da xlarat ni, korang tengok jela gambar ujan dari luar blk aku ni ngan gmbar keadaan astaka yang aku amk ms kt kelas ari 2... ujan kt jb skang memang x menentu...







cincow~

Thursday, April 22, 2010

Pemakaian Helmet di Kampus : Pro & Kontra

Photobucket
   Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menulis jugak sebab sebelum ni terlalu sibuk dengan assignment yang menimbun.. hurm, camne dengan tajuk di atas? Adakah ia satu isu yang panas dan sensitif? Hehe jom kita sama-sama kupas dan berkongsi fikiran.. Cuma satu pesan aku, jangan cepat melatah sebab ini adalah sebahagian dari hidup kita sebagai guru pelatih di sini..

   Pada perhimpunan pagi isnin 19 April 2010, telah dimumkan bahawa pemakaian helmet di kawasan kampus adalah wajib dan sebarang pelanggaran undang-undang ini akan dikenakan tindakan.. Pada saat dan ketika itu jugalah keadaan para hadirin (aka pelajar) di dst mula hingar bingar.. Ada yang menyatakan rasa tidak puas hati, ada jugak yang menunjukkan riak muka yang kurang menyenangkan.. Hehe, aku hanya tersenyum melihatakan gelagat tersebut.. Aku paham sangat kerana masalah ini adalah merujuk kepada kaum lelaki di kampus ini yang hampir kesemua menaiki motorsikal, jadi pada fikiran aku pelajar perempuan tidak terjejas sangat..(Tapi ada jugak pelajar perempuan yang menaiki motorsikal).

   Ok lah. cakap banyak pun x guna jugak. jom kita lihat hasil survey mulut ke mulut yang aku buat selama hampir seminggu ini..


 Pro : 1. of coz lah sebab keselamatan warga kampus
         2. xde dah


 Kons:

  1. Jalan kt kampus kita hanya one way, jadi peratus kemalangan adalah terlalu sedikit..(paling  laju dalam kampus pn dalam 60km/j)
  2. Agak menyusahkan apabila hendak bergerak, xkan nak pergi kafe yang jarak x sampai 5om kena pakai helmet.
  3. Merosakkan rambut, xkan la setiap kali bukak helmet pelajar kena cari cermin nak betulkan   rambut..kalu yang jenis rebonding xpela, tpi yang jenis susah diurus kan da jadi 1 hal nk  kena  basahkan.
  4. Ada pelajar perempuan mengadu, tudung dorang kan rosak dan berkedut.. nanti masuk kelas kusut masai, kan da  xlawa tu..haha
  5. Tu jela dulu, kan muntah pulak korang nak baca..

Cadangan : ada jugak cadangan dari dorang ni yang aku kena nyatakan.. walaupun agak pelik tapi kita kena
                  cuba;

  • Pihak pengurusan cuba selami hati pelajar, bagaimana? haa naik motor selama seminggu, nak gerak pergi mana-mana pun kena pakai helmet walaupun ke kafe.     
  • Semua staf termasuk pak guard ( Bala n da geng) yang naik motor kena pakai helmet.. knp? sebabnya kepala sama-sama keras..
  • Buat survey, dengar suara JPP kami.. Buat apa kami undi dorang kalau suara dorang ni tidak 
Photobucket dikira pakai.

   Sekian untuk waktu ini, sama-sama la kita renungkan akan pro n kons cadangan aku ni..harap tidak ada pihak yang berkecik ati.. Ini hanyalah lontaran pandangan hamba pacar yang hina.. Semoga kita dapat mencari satu keputusan yang dapat menyenangkan hati semua orang..

cincow~










Monday, April 19, 2010

Kembali Ke Kampus

Photobucket
Dewan Sri Temeggong (DST) yang baru siap



   Assalamualaikum wbt... hari ni aku kembali semula ke kampus sebagai pelajar dan bukan lagi sebagai pengajar (aka cikgu).. alamak rindunya nak g sekolah, pagi tadi pun bangun awal sebab teringat cam nak g sekolah. nasib baik sempat betulkan fikiran yang aku kini dah kembali menjadi pelajar..hahaa terpaksa lagi la belajar yang dah memang menjadi rutin sejak empat tahun lepas.


  Rasa cam malas lak nak masuk kelas, yela g sekolah lagi besh.. tengok muka pelajar-pelajar aku, budak-budak tu memang comel.. x sabar rasanya nak kembali ke sekolah.. tapi sebelum tu banyak lagi ilmu yang perlu aku cari supaya aku dapat menjadi guru yang betul2 dapat buat pelajar faham dan lebih menghargai ilmu..

Photobucket
Mr lui: the best lecturer I ever had
   Hadui pagi2 lagi da kena g perhimpunan, nasib dst da siap leh la rasa cam kat eropah..hak3...cantik gak aku tengok dewan ni, patut la amik masa yang lama nak siapkan.. tapi apa pun tahniah utk semua termasuk tuan pengarah ipg-kti kerana akhirnya dewan ni siap jugak..

   Hari ni agak kalut skit la sebab masih dalam proses nak menyesuaikan diri dengan persekitaran yang da sebulan aku tinggalkan, masuk kelas pun cam bad mud je, nasib bek lepas tu mud aku datang balik..hahaha, tau nape?
  

   Cukup la dulu untuk post ni, aku pun da rasa ngantuk ni.. nak mandi n nak g maghrib kat surau, satu benda yang kita umat islam selalu lupakan.. Astaghfirullahalazim, mitak-mitak aku dan semua rakan-rakan sentiasa di bawah rahmat-Nya.. ameen


Sehingga berjumpa lagi di lain kalam......cincow~

Friday, April 16, 2010

Hari Terakhir di SKTTA1...We Are The Best =)

   Assalamualaikum wbt..selamat hari jumaat buat semua, sekali lagi cikgu menulis d sini.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana perkara yang berlaku hari ini sangat diluar dugaan... hurm ape ye??




Photobucket
   Cikgu mulakan dari pagi kat sktta, lepas je asembly kitaorang terus g kantin utk sarapan..lapar gle rs, yela mlm semalam x makan..memang banyak cikgu makan, mee+nasi goreng+sosej+kuih ketayap+teh ais..fuhh kenyang gle, blum sempat ktorang bayar da mak cik kantin 2 gtau cikgu mala yang sponsor kami makan...baik pnye timing=)
   kul 820pg, cikgu msk kelas 3 perwira..gamat memang gamat, xsempat cikgu duduk lagi diorang dah berkerumun bagi hadiah kt cikgu..sampy penuh tangan cikgu..dah 2 xnk senyap lak, bsing gle..x smpy 10mnt ada pelajar darjah 5 datang ajak cikgu datang kelas dorang makan jamuan..tp cikgu g jap je, pas 2 blk kelas 3perwira n dengar dorang wat persembahan utk kali terakhir.. ada yang nyanyi lagu wali band lah, nasyid lah n macam2 lagi... korang mmemang bagus
Photobucket
   Abis je kelas pukul 950pg, cikgu-cikgu len suh masuk dalam blk mesyuarat.. ada jamuan utk kitaorang..fuhh dengan nasi ayam++ memang wat kami semua kenyang..yang paling besh, dapat hadiah lagi..macam besh je ari ni=)
  Then lepas jumpa GB kul 1120, cikgu msk kelas 5 pah..walaupun xde ms ari ni, tp disebabkan da janji semalam terpaksa la cikgu masuk gk..stil da same, dorang reramai berkumpul nak bagi hadiah n mtk tandatangan..hehehe oas 2 cikgu bawak dorang g makmal komputer men2 kat sana.. 
   Kul 1220 sume da berkumpul nak balik, sempat la jgk cikgu bagi kata2 nasihat kt dorang sebelum balik..cikgu janji kalau ada masa lagi cikgu datang melawat diorang.. pas 2 ada lagi 1 hal, hadiah banyak sangat, da la blk nek motor..nak x nak kena balik jgk, so xpelah tahan sikit sampay kampus...
   Rasanya da banyak cikgu ari ni, xnak ckp lagi la..korang tengok jela gambar anak murid cikgu yang sume comel2..

tq untukk semua..warga sktta1, cikgu2, students 5 pah n 3 per..cincow~

5PAH: Gempak Beb..tq for your celebrate =)

   Alhamdulillah cikgu dapat on9 lagi hari ni...nak tau pe cite cikgu kat sekolah??? fuhh gembira campur sedey dan macam2 campur lagi la rasa dalam perut  ni...hehehehe
Photobucket
   Student aku di 5 pahlawan memang besh, celebrate something yang memang aku xpernah sangka selama sebulan aku kt SKTTA.. dorang masuk je kelas suh aku tutup mata, surprise la kata dorang..aku pe lagi ikut jela arahan tu, ada la dalam 3minit gak aku xleh tengok pe yang dorang wat..pas 2 dorang suh aku pusing, fuhh terkezut yang amat...korang nk tau pe??

Photobucket
 Haa, dorang belikan kek dan macam2 lagi utk aku..da aku x jadi nk ngajar pagi tadi,learning objektif aku x tercapai lagi la ari ni...dorang nak makan sama2 ngan aku, nak enjoy puas2 kata dorang..learning objektif dorang pulak yang tercapai ari ni...hahahaha



Photobucket

    Pape pun, tq banyak2 sebab bagi cikgu hadiah n wat cikgu eppy ari ni..korang memang best r,.. pesan cikgu 2k pelajar 5 pah sume, korang cari la ilmu selagi boleh..dalam hidup kita peluang x datang banyak kali, so kalau ada peluang terus rebut..ingat pengorbanan mak ayah kita yang sanggup kerja siang malam demi mencari rezeki untuk kita..walaupun mungkin kita hidup senang sekarang, ia x akan jamin masa depan kita..igt sume rezeki 2 datang dr Allah, so berdoalah semoga sentiasa berada dibawah rahmat-Nya...




more picture, click here............cincow~








Wednesday, April 14, 2010

Dedikasi Untuk Cikgu Khairul

Photobucket
BILIK BOSS
Photobucket
BILIK LINUS


   Alhamdullillah hari ni aku sudah habis final observation, fuhh cuak jugak pagi tadi sebab kelas awal pagi...nasib baik semalam aku da prepare sume, kira pagi tadi tinggal setting jela.. Aku xnak cakap banyak pasal observe sebab aku redha je markah yang aku dapat.. janji pengalaman tu yang penting, tul x?
   Siap je aku kena observe, g minum ngan Mr Lui jap n then trus aku wat mural kat blk LINUS.. dari pukul 9am-12pm aku mengerah tenaga bersama mus ngan wan... sebelum siap nampak x cantik tapi bila da siap cam x caya lak yang mural 2 hasil tangan kitaorang... Bangga semacam je aku tengok muka dorang tuh, aku cool2 je..hak3
   Ok berbalik kepada post aku arini, sebenarnya mural yang kitaorang wat ni adalah untuk didedikasikan kepada bro khairul..walaupun die da nek pangkat ke PPD tapi kami masih lagi rasa die ada kat sekolah tu..mana x nye, dari ari pertama kami sampai kt SKTTA tu, die la teman borak ngan lepak kitaorang..banyak yang die ajar aku terutama tentang cara membuat majalah, yela die kata majalah kampus kita 2 macam majalah kampung.. xpe aku terima sebab die memang sorang pakar, 2 yang aku sedia berguru ngan die.. Tapi 2la orang yang banyak ilmu memang ramai yang nak, baru 2 minggu ktaorang rapat da die kena g PPD..x sempat aku nak menuntut..xpe bro ada masa kita jumpa lagi, aku memang bercadang nak jemput bro khairul jadi penceramah masa bengkel penerbitan yang dijadualkan diadakan bulan 6 ni..harap bro sudi la curahkan sedikit ilmu untuk kitaorang yang bercita-cita nak jadi sehebat bro..
   Untuk itu, aku memang dedikasikan mural ni untuk bro khairul kerana tanpa die aku rasa memang sukar untuk sesuaikan diri kat tempat baru...

tq bro, jasamu dikenang........cincow~

Friday, April 9, 2010

hari paling penat

Photobucket
muka2 x bersalah
Photobucket
gelagat bila dapat masuk lab



Salam semua... Hari ni merupakan hari paling penat aku rasakan melayan kerenah anak murid aku...xtahu la kenapa hari ni dorang punye bising 2 semacam je, hangin je aku ngaja tadi... Objektif aku sure la tak tercapai sebab banyak benda yang terjadi dengan tiba-tiba masa aku nak ngaja td..

   Paling ak sedey sebab LCD x leh pakai, lepas 2 ngan video yang aku bawak x support dalam komputer kat lab 2 n last skali maker pen aku lupe bawak....jadi x semena-mena bila budak2 2 bising aku pun naik angin la, abis sume kena hamun ngan aku...
   Tapi camne dorang nakal skali pun, sebenarnya dorang la sejukkan hati aku.. Pandai dorang wat muka sedey mitak maaf sebab aku ugut xnk ngajar lg kelas dorang..pas2 sume datang salam reramai ngan aku...Alhamdulillah walaupun objektif x tercapai, tapi aku still lagi rasa ok ngan dorang ni..Ngan keletah dorang yang comel2 gitu,memang wat aku cair la...
   Untuk anak2 murid cikgu, korang memang best walaupun selalu wat cikgu tengking korang...Be the best, sebab korang sume da janji ngan cikgu nak naik kelas Pahlawan tahun depan..InsyaAllah cikgu akan tolong korang menjadi yang terbaik antara yang terbaik..

cincow~

Saturday, April 3, 2010

Aduh penatnye mata!!!

   Hujung minggu bagi seorang guru bukanlah bermakna cuti.. Dari pagi aku bangun,pas subuh terus tak tido..
Dalam usaha menyiapkan blog Permata, aku mengambil masa dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 5 petang, hadoi rasa cam nak tercabut mata ni...
   Tapi aku rasa puas walaupun masih banyak yang belum dibuat.. Walaupun ini bukan kali pertama aku buat blog untuk Permata, tapi aku rasa kali ni lagi bersemangat dan puas hati.. Pape pun tq n solute yang tak terhingga kepada bro khairul y tolong wat banner,jasamu dikenang..kalau terlebih rajin,tolong2 la buatkan banner 2k blog cikgu andika lak=p
   Cuak jugak dalam perut sebenarnye ni, sebab portfolio ngan lesson plan praktikum aku  tak siap lagi.. Dah la guru pembimbing aku warning awal-awal lagi yang die nak cek aku punya kerja..fuhhh, InsyaAllah aku dapat siapkan jugak nanti..aku cuba buat yang terbaik untuk kedua-duanya... 

Thursday, April 1, 2010

Hari Pertama Sebagai Blogger

Ini adalah hari pertama aku mempunyai blog sendiri...Alhamdulillah ada jugak blog yang aku impikan selama ini....untuk post yang pertama ini,ak ingin mengucapkan terima kasih kepada Saudara Khairul kerana sudi membantu aku mencari formula yang terbaik demi menghasilkan blog yang mampu menarik minat pengunjung..blog ini ak buat khas sebagai medan terbaik mencurah dan berkongsi idea tidak kiralah dalam bidang akademik mahupun santai kedai kopi..sebagai guru kita harus tahu untuk bersosial yang kena tempat....
sekian untuk waktu ini......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...