Followers

Sunday, July 18, 2010

Bagaimana nak hilangkan rasa sedih?

   Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah hari ini aku berasa terpanggil untuk menulis berkenaan dengan kesedihan dan kebahagiaan.. Kalau kita boleh terjemahkan keduanya, maka kita akan dapat merungkaikan satu persoalan di mana keduanya mempunyai hubungkait yang saling bergantung antara satu sama lain..

   Ibarat kalau xde angin, masakan pokok bergoyang..begitulah juga halnya dengan sesebuah perhubungan.. Kadang-kadang kita mengharapkan sesuatu dari pasangan kita tetapi dia tidak dapat menunaikannya.. Anggaplah bahawa dia masih lagi dalam peringkat belajar mengenali dan memahami kita... Jadi janganlah cepat kita menghukumnya, kerana ini akan lebih mengeruhkan kedaan..

   Mungkin juga dia memerlukan lebih banyak masa dan perhatian dari kita, jadi cubalah untuk saling memahami jika kedua pasangan tersebut mahu terus membina hubungan yang panjang sampai bila2... Jauh di sudut hati setiap pasangan adalah mahukan yang terbaik dalam hidup mereka, maka cubalah tunaikan selagi ia tidak membawa mudharat dalam hidup anda. 

   Kesimpulannya, sifat saling bertolak ansur dan mahukan yang terbaik untuk pasangan masing-masing perlu dipupuk agar rasa tanggungjawab itu terus melekat dalam diri masing-masing... Ingatlah tidak semua yang kita mahukan akan ditunaikan, tetapi sebaik mungkin, semampu boleh cubalah untuk tidak saling melukai... Tiada guna kita bergelak tawa jika yang sebelah lagi menangis tidak berlagu... 

Renung-renungkan dan selamat beramal......

cincow~

1 comment:

  1. saya budak baru belajar..
    kalau salah tolong tunjukkan (",)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...