Followers

Thursday, April 22, 2010

Pemakaian Helmet di Kampus : Pro & Kontra

Photobucket
   Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menulis jugak sebab sebelum ni terlalu sibuk dengan assignment yang menimbun.. hurm, camne dengan tajuk di atas? Adakah ia satu isu yang panas dan sensitif? Hehe jom kita sama-sama kupas dan berkongsi fikiran.. Cuma satu pesan aku, jangan cepat melatah sebab ini adalah sebahagian dari hidup kita sebagai guru pelatih di sini..

   Pada perhimpunan pagi isnin 19 April 2010, telah dimumkan bahawa pemakaian helmet di kawasan kampus adalah wajib dan sebarang pelanggaran undang-undang ini akan dikenakan tindakan.. Pada saat dan ketika itu jugalah keadaan para hadirin (aka pelajar) di dst mula hingar bingar.. Ada yang menyatakan rasa tidak puas hati, ada jugak yang menunjukkan riak muka yang kurang menyenangkan.. Hehe, aku hanya tersenyum melihatakan gelagat tersebut.. Aku paham sangat kerana masalah ini adalah merujuk kepada kaum lelaki di kampus ini yang hampir kesemua menaiki motorsikal, jadi pada fikiran aku pelajar perempuan tidak terjejas sangat..(Tapi ada jugak pelajar perempuan yang menaiki motorsikal).

   Ok lah. cakap banyak pun x guna jugak. jom kita lihat hasil survey mulut ke mulut yang aku buat selama hampir seminggu ini..


 Pro : 1. of coz lah sebab keselamatan warga kampus
         2. xde dah


 Kons:

  1. Jalan kt kampus kita hanya one way, jadi peratus kemalangan adalah terlalu sedikit..(paling  laju dalam kampus pn dalam 60km/j)
  2. Agak menyusahkan apabila hendak bergerak, xkan nak pergi kafe yang jarak x sampai 5om kena pakai helmet.
  3. Merosakkan rambut, xkan la setiap kali bukak helmet pelajar kena cari cermin nak betulkan   rambut..kalu yang jenis rebonding xpela, tpi yang jenis susah diurus kan da jadi 1 hal nk  kena  basahkan.
  4. Ada pelajar perempuan mengadu, tudung dorang kan rosak dan berkedut.. nanti masuk kelas kusut masai, kan da  xlawa tu..haha
  5. Tu jela dulu, kan muntah pulak korang nak baca..

Cadangan : ada jugak cadangan dari dorang ni yang aku kena nyatakan.. walaupun agak pelik tapi kita kena
                  cuba;

  • Pihak pengurusan cuba selami hati pelajar, bagaimana? haa naik motor selama seminggu, nak gerak pergi mana-mana pun kena pakai helmet walaupun ke kafe.     
  • Semua staf termasuk pak guard ( Bala n da geng) yang naik motor kena pakai helmet.. knp? sebabnya kepala sama-sama keras..
  • Buat survey, dengar suara JPP kami.. Buat apa kami undi dorang kalau suara dorang ni tidak 
Photobucket dikira pakai.

   Sekian untuk waktu ini, sama-sama la kita renungkan akan pro n kons cadangan aku ni..harap tidak ada pihak yang berkecik ati.. Ini hanyalah lontaran pandangan hamba pacar yang hina.. Semoga kita dapat mencari satu keputusan yang dapat menyenangkan hati semua orang..

cincow~










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...