Followers

Monday, April 19, 2010

Kembali Ke Kampus

Photobucket
Dewan Sri Temeggong (DST) yang baru siap



   Assalamualaikum wbt... hari ni aku kembali semula ke kampus sebagai pelajar dan bukan lagi sebagai pengajar (aka cikgu).. alamak rindunya nak g sekolah, pagi tadi pun bangun awal sebab teringat cam nak g sekolah. nasib baik sempat betulkan fikiran yang aku kini dah kembali menjadi pelajar..hahaa terpaksa lagi la belajar yang dah memang menjadi rutin sejak empat tahun lepas.


  Rasa cam malas lak nak masuk kelas, yela g sekolah lagi besh.. tengok muka pelajar-pelajar aku, budak-budak tu memang comel.. x sabar rasanya nak kembali ke sekolah.. tapi sebelum tu banyak lagi ilmu yang perlu aku cari supaya aku dapat menjadi guru yang betul2 dapat buat pelajar faham dan lebih menghargai ilmu..

Photobucket
Mr lui: the best lecturer I ever had
   Hadui pagi2 lagi da kena g perhimpunan, nasib dst da siap leh la rasa cam kat eropah..hak3...cantik gak aku tengok dewan ni, patut la amik masa yang lama nak siapkan.. tapi apa pun tahniah utk semua termasuk tuan pengarah ipg-kti kerana akhirnya dewan ni siap jugak..

   Hari ni agak kalut skit la sebab masih dalam proses nak menyesuaikan diri dengan persekitaran yang da sebulan aku tinggalkan, masuk kelas pun cam bad mud je, nasib bek lepas tu mud aku datang balik..hahaha, tau nape?
  

   Cukup la dulu untuk post ni, aku pun da rasa ngantuk ni.. nak mandi n nak g maghrib kat surau, satu benda yang kita umat islam selalu lupakan.. Astaghfirullahalazim, mitak-mitak aku dan semua rakan-rakan sentiasa di bawah rahmat-Nya.. ameen


Sehingga berjumpa lagi di lain kalam......cincow~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...